LIBYA : 267 MAYAT PENGIKUT GHADAFY DITEMUI DI SIRTE

MOSKWA - Menurut Fox News, sebanyak 267 mayat ditemui di perkuburan Massal, Sirte, kota kelahiran dan benteng terakhir bekas presiden Libya, Moammar Ghadafy.

Sebahagian besar daripada mereka adalah pengikut setia Ghadafi. Mengikut Fox News daripada sumber Palang merah, temu bual bersama surat khabar online Libya melaporkan, "Dewan Peralihan Nasional (NTC) berjanji untuk menyelidik punca kematian dan menghukum pesalahnya".

Perkuburan Massal, Sirte, dan sekitarnya ditemukan sehari selepas Ghadafy dan puteranya, Mutassim dikebumikan di tempat rahsia sekitar gurun Libya.

Ghadafy, pemerintah Libya selama 42 tahun, mati setelah ditangkap para pejuang NTC berdekatan pekan Sirte.

Pejabat Pembelaan Hak Asasi Manusia PBB, Rusia, dan Amerika Syarikat meminta agar dilakukan penyiasatan terhadap kematian pemimpin Libya yang digulingkan tersebut.

Sebelum ini, Ghadafi dikatakan ditangkap ketika masih hidup, kemudiannya mendapat tembakan dari tentera bersenjata yang menyebabkan kematian ketika beliau sedang naik ke dalam trak.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL