TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN

KAHERAH, 29 Okt- Keputusan imtihan qobul bagi mahasiswa baru telah diumumkan beberapa hari yang lalu di Kuliah Ulum Islami setelah hampir tiga minggu berlalunya peperiksaan.

Pada tahun ini al-Azhar telah membuat perubahan yang baru dari sudut sistem dan ianya berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya di mana sistem pengurusan pendaftaran yang bersistematik dan keputusan peperiksaan yang dibuat mengikut peringkat.

“Semoga mahasiswa baru pada tahun ini diberi semangat dalam mencapai matlamat yang ingin dikecapi dan sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Jadikan kejayaan dan kegagalan sebagai ujian dan cabaran untuk terus maju ke hadapan, ” ujar ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM saudari Shazazierra Sharif.

Barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM 2011 mengucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa baru yang telah berjaya dalam mtihan qobul baru-baru ini dan kami mengharapkan agar mahasiswa yang masih lagi tidak diberikan peluang pada tahun ini dapat meneruskan lagi perjuangan di bumi Anbiya’ ini dengan penuh kecekalan dan ketabahan.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963