Majlis Apresiasi Kecemerlangan : Lebih 300 Penyertaan

KAHERAH,28 Okt - Lebih 300 orang graduan dan mahasiswa cemerlang bakal diraikan pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan pada 2 November ini.

Penyertaan daripada setiap graduan dan mahasiswa cemerlang daripada pelbagai fakulti pengajian yang berbeza begitu memberangsangkan.

Majlis yang berprestij ini adalah untuk menghargai kejayaan mahasiswa Islam sekaligus membuktikan bahawa mahasiswa Mesir juga mampu berdirisetanding dengan mahasiswa tempatan.

Oleh kerana demikian, PMRAM mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini yang akan berlangsung selepas MajlisPembacaan Hadis Kutub Sittah Siri 3.

" Bertepatan dengan ucapan dasar Presiden PMRAM 'Kebajikan Akademik' memberikan gambaran kepada mahasiswa bahawa PMRAM komited dalammenghargai kejayaan mahasiswa sebagai pendorong dan ikon kepada generasi akan datang" ujar Saudara Firdauz bin Noh selaku Pemantau MajlisApresiasi Kecemerlangan PMRAM.

Sumber : www.pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL