MISI MENCARI CINTA ALLAH : CORETAN BAHNASA



BAHNASA , 8 NOVEMBER 2014(SABTU)- “ Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi , serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat)dalam bentuk kejadian yang baharu . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu .” (Surah Al-Ankabut). Ayat ini menyeru kepada kita supaya berjalan di atas muka bumi Allah dan memikirkan kejadianNya. Sehubungan dengan itu Unit Sambutan Dan Rehlah (USR) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) 2014/15 bersama Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru(USMB) telah menganjurkan rehlah ke Bahnasa .
Rehlah ini bertujuan untuk mengenali dan mengambil ibrah dari perjuangan para shuhada yang berperang di jalan Allah .Berdasarkan catatan sejarah bumi Bahnasa ini adlah tempat bersemadinya 5000 para pejuang yang syahid di jalanNya. Rehlah ini telah disertai oleh 27 orang peserta bersama seorang mushrif. Para peserta terlebih dahulu dibawa melawat maqam 7 orang wanita yang dikhabarkan terlibat dalam peperangan pembukaan kota Bahnasa . Seterusnya para peserta didedahkan dengan kelebihan ziarah maqam , kelebihan kota Bahnasa dan makluman tentang maqam-maqam yang terdapat di sekitar kota tersebut yang disampaikan oleh Ustaz Zulfiekry Zakaria. Kemudian para peserta dibawa melawat maqam – maqam ketau angkatan tentera dan juga beberapa orang sahabat Baginda Radiyallahuanhum , antaranya Abu Zar , A’ban bin Uthman bin Affan , Khaulah Al-Azwar dan sebagainya. Di situ juga bersemadinya ahli sufi yang terkenal iaitu Hassan Al-Basri. Seterusnya para peserta dibawa melawat tempat-tempat yang menjadi saksi kewujudan para anbiya sebelum baginda Muhammad S.A.W iaitu pokok yang menjadi singgahan Sayyidah Maryam ketika perjalanan beliau kembali ke Baitul Muqaddis dan ‘Bahri Yusufi’ iatu tempat malaikat jibril mengorek laluan air atas perintah Allah yang memakbulkan doa Nabi Yusuf Alaihissalam.

Akhir kata pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta terutamanya kepada ketua penasihat BKPPPM Ustaz Zulfiekry Zakaria atas kesudian beliau dalam mengetuai rehlah kali ini.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Keunggulan Syakhsiah Kesatuan Wahdah”


Disediakan oleh : Ketua Unit Sambutan & Rehlah BKPPPM sesi 2014/15

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL