Informasi Keadaan Mesir : Bukti Kepercayaan Media Pada PMRAM

KAHERAH, 5 Jun 2012 -- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada stesen penyiaran televisyen swasta di Malaysia terutamanya TV3 dan TV Al-Hijrah di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada PMRAM dalam menjelaskan situasi terkini berhubung keadaan politik Mesir.

 Terbaru PMRAM telah dihubungi oleh pihak TV3 bagi mengadakan lintas langsung menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang berlansung pada jam 1.10 pagi tadi (waktu Mesir) atau jam 7.10 pagi (waktu Malaysia).

Lintas lansung tersebut diadakan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di Mesir terutama yang melibatkan demonstrasi dan tunjuk perasaan rakyat Mesir. Demonstrasi yang berlaku adalah bagi memprotes keputusan mahkamah yang dikenakan kepada bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dianggap sebagai tidak adil.

PMRAM yang diwakili oleh Saudara Abdul Aziz Bin Ali selaku Presiden PMRAM 2012 di dalam lintas lansung tersebut turut menyatakan harapan agar kerjasama antara PMRAM dan stesen penyiaran televisyen Malaysia khususnya dapat dipertingkatkan lagi, terutama dari sudut kesahihan dan ketepatan sesuatu berita atau maklumat sebelum disiar sebarkan kepada rakyat.

Sebelum ini, PMRAM sering kali menerima panggilan daripada pelbagai wakil media antaranya Harian Metro, Nasyid FM dan TV Al-Hijrah. TV Al-Hijrah menghubungi PMRAM bagi lintas lansung menerusi rancangan "Assalamualaikum" bagi melaporkan isu semasa yang berlaku di Mesir.

Harapan PMRAM agar berita dan maklumat yang telah disampaikan dapat memberikan input yang berguna dan gambaran yang sebenar terhadap apa yang berlaku di Mesir buat warga Malaysia.

"PMRAM sentiasa bersedia untuk menjadi lidah rasmi kepada mana-mana pihak terutamanya media massa yang memainkan peranan paling penting bagi menyalurkan maklumat yang tepat sekaligus memberikan kebaikan kepada semua pihak", ujar Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz Bin Ali sebentar tadi.

Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL