HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM (HTS `14) BKPPPM - Disini langkah bermula!!

Bergambar bersama mahasiswa USMB `14 seusai HTS



Ahad, 14 September, Program Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS 14) dibawah Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru USMB telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertujuan meraikan kedatangan mahasiswa/wi baru ini telah dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu Saudara Mohd Arif bin Hamzah selaku Pengarah USMB Pusat 2014. Selain itu, antara tujuan program ini diadakan termasuklah bagi memperkenalkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) sebagai persatuan yang menjaga kebajikan mahasiswa/wi Pulau Pinang di Mesir. Program ini telah dijalankan selama dua hari bermula dari petang hari Sabtu sehingga malam hari berikutnya. Segala bentuk pengisian dari segi ilmiah mahupun pengetahuan am telah dimuatkan didalam program ini untuk pengetahuan awal kepada mahasiswa/wi yang baru tiba. Antara pengisian yang dimuatkan termasuklah Forum Mahasiswa, Senat Fakulti, pembentangan kertas kerja kewajipan pemuda islam hari ini dan penerangan ringkas Bait Muslim, Biah Solehah dan HISBAH. Para Mahasiswa/wi baru memberi reaksi yang baik sepanjang program ini berlangsung. Program ini diakhiri dengan persembahan Malam Kebudayaan, penyampaian cenderahati seterusnya ucapan penutup oleh Yang Berusaha, Saudara Mohamad Zikri bin Muhamad Zaki , Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL