FACULTY `15 :- MENAMBAH THAQAFAH AHLI BKPPPM..


Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ,BKPPPM pada sesi ini telah menjayakan satu program iaitu minggu thaqafah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

Firman Allah SWT dalam kitab-Nya yg mulia.. “Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…” (Surah Ali Imran : 103). Sesuai dengan firman Allah SWT, minggu thaqafah pada kali ini diberi nama FACULTY’15, Fiesta Conference Of Thaqofi yang bertemakan akidah ahli sunnah wal jamaah telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari bermula 16 ogos 2015 sehingga 20 ogos 2015 di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM.



Program bermula pada 16 Ogos 2015 selepas isya’ dengan sesi pendaftaran dan dirasmikan oleh Penasihat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, ustaz Muhammad Zikri bin Mohamad Zaki. Banyak pengisian ilmiah telah disusun oleh pihak pelaksana, antaranya pada hari kedua 17 ogos diadakan kuliah haraki selepas subuh yang disampaikan oleh ustaz Muhklis bin Hasin. Dan pada petangnya diadakan game indoor untuk menambah keceriaan dan mengeratkan ukhwah sesama ahli. Disebelah malamnya berlangsung diskusi kitab “Al-Farqu Bainal Firaq” , yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Ali. Diskusi ini menerangkan secara terperinci ciri-ciri dan sifat-sifat Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pada hari ketiga, 18 Ogos berlangsungnya daurah kitab “Al-Tibyan Fi Hamalatil Quran” selepas subuh oleh Ustaz Mohamad Norhazimin Bin Mohd Bukhari. Daurah ini bertujuan mengingat kembali adab-adab kita dengan Al-Quran. Sungguhnya nabi Muhammad SAW dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak. Sabda rasulullah SAW ajarilah anak-anak mu 4 perkara, berenang, memanah, berkuda dan seni mempertahankan diri. Pihak pelaksana FACULTY’15 mengadakan sukan sunnah iaitu berenang.


19 Ogos , sambungan daurah kitab Al-Tibyan Fi Hamalatil Quran. Disebelah petangnya berlangsung slot perubatan islam “Al-Hijamah” atau bekam. Program ini diadakan secara teori dan prektikal yang dikelolai oleh Dr. Muhammad Fikri bin Safian (Perubatan Al-Azhar). Kemudian berlangsungnya Talkshow yang bertajuk Islamophobia vs Islamophilia.


20 ogos, hari terakhir FACULTY’15, sambungan daurah kitab Al Tibyan Fi Hamalatil Quran. Kemudian berlangsung Muhadharah Ilmiah kelolaan Gabungan Mahasiswa Tahun Akhir (GEMPITA). Pada jam 8 malam berlangsungnya Majlis Sima’ Hadis yang disampaikan oleh Al-Fadhil Syeikh Dr. Rifaat Fauzi Bin Abdul Mutalib di dewan Soleh Al-Masri Rumah Pulau Pinang Hayyu Sabi’e . Majlis penutup FACULTY’15 telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua BKPPPM U


staz Mohd Jasry Raimy Bin Johari serta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz yang telah dianjurkan.

Semoga FACULTY’15 yang berlangsung selama 5 hari 4 malam dapat memberi thaqafah yang banyak kepada semua ahli khususnya kepada ahli BKPPPM.

Disediakan Oleh : Setiausaha FACULTY `15

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL