DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN..!!


AHLAN WASAHLAN KE ARDIL KINANAH..

23 JULAI 2015: Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) 2015 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menerima seramai 44 orang mahasiswa baru Pulau Pinang yang terdiri daripada 30 orang ikhwah serta 14 orang akhawat. Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi oleh Ustaz Rosli Bin Othman (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang(JAIPP)), Dr Haji Azman Bin Abdul Samat (Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang(ZPP)) serta Ustaz Khairul Aman Bin Bustaman (Pegawai Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang(JAIPP)) . Kedatangan mereka disambut meriah oleh wakil dari BKPPPM. 



       Juga diadakan majlis ramah mesra bersama delegasi dan rumah terbuka kepada ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) pada tarikh 24 Julai 2015. Pada majlis tersebut segala pertanyaan dan kemusykilan di jawab oleh pihak berkenaan.Majlis ramah mesra juga dihadiri oleh Ustaz Imran Bin Ibrahim dan En. Azmi Bin Endut wakil dari kedutaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat menyambut dan menguruskan para pejuang ini. 

      

         Semoga mahasiswa-mahasiswi baru ini khususnya dan semua mahasiswa amnya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu di bumi anbiya’ ini dan di mana sahaja kita berada. Sabda Rasulullah S.A.W : ” Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, kerana redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu.” “ GENERASI ILMUWAN TONGGAK KESATUAN ”  


Disediakan oleh, Setiausaha Unit Sambutan Mahasiswa Baru 2015 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL