HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM (HTS`15) : INI LANGKAHKU..!!






 Ahad & Isnin, 2 & 3 Ogos, Program Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS 15) di bawah Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru USMB telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertujuan meraikan kedatangan mahasiswa/wi baru ini telah dirasmikan oleh saudara Muhammad Zikri Bin Mohamad Zaki selaku penasihat BKPPPM 14/15. Selain itu, antara tujuan program ini diadakan termasuklah bagi memperkenalkan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) sebagai persatuan yang menjaga kebajikan mahasiswa/wi Pulau Pinang di Mesir. Program ini telah dijalankan selama dua hari bermula dari petang hari Ahad sehingga malam hari berikutnya. Segala bentuk pengisian dari segi ilmiah mahupun pengetahuan am telah dimuatkan didalam program ini untuk pengetahuan awal kepada mahasiswa/wi yang baru tiba. Antara pengisian yang dimuatkan termasuklah Forum Mahasiswa, Senat Fakulti, Diskusi Kutaib Daurul As-Shabab Fi Hamli Risalah Islam dan penerangan ringkas Bait Muslim dan HISBAH. Para Mahasiswa/wi baru memberi reaksi yang baik sepanjang program ini berlangsung. Program ini diakhiri dengan persembahan Malam Kebudayaan,penyampaian cenderahati dan sambutan sanah helwah kepada mahasiswa/wi baru.





Disediakan oleh: Setiausaha HTS '15

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963