LAPORAN PROGRAM DESA’19 BKPPPM
18 Februari 2019 KAHERAH, Program Desa’19 BKPPPM, bertemakan “MAI BALIK KAMPUNG MAI, PAKAT BUAT QAMAI" telah melabuhkan tirainya.
Program DESA’19 telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula dari
12 Februari 2019 sehingga 17 Februari 2019. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyah dalam kalangan ahli
BKPPPM yang berada di perlembahan Nil sekaligus menjadikan BKPPPM
sebagai satu wadah kesatuan bertepatan dengan pembawaan Yang Dipertua.
12 Februari 2018, jam 6:00 pagi program
dimulakan dengan daurah kitab Idaman Penuntut pada membincangkan bab Nikah yang
disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hussin selaku Fasilitator KPKM 18/19 bertempat
di Dewan Soleh Al-Masri. Seterusnya pada jam 7:30 malam telah diadakan Majlis Perasmian
Program DESA’19 BKPPPM bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang yang dimulai dengan ucapan daripada saudara Muhamad Amer Syafiq
Bin Azanuar Yusri selaku Pengarah Desa’19, kemudian diikuti oleh ucapan Yang
Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 18/19saudara Muhammad Hafizuddin
Bin Mat Nasir. Majlis seterusnya dirasmikan oleh saudara Muhamad Zulshuhaifi Bin
Ismail selaku Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 18/19 sekaligus melancarkan gimik perasmian
DESA’19. Tentatif kemudiannya diteruskan dengan slot Forum Fiqh Perubatan bertajuk Family
Planning yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin Ramli selaku Panel yang
pertama dan Dr.Nurul Hanizah Binti Ja’far yang
merupakan Ahli Akedemi Fikrah Perubatan selaku panel yang kedua.
Keesokan harinya, 13 Februari jam 6:00 pagi Program
diteruskan dengan sambungan daurah kitab Idaman Penuntut bab Nikah. Kemudian, Pada jam
3:30 petang Tentatif dilanjutkan dengan slot Unit Bait Muslim yang
julung-julung kalinya diadakan secara berhalaqah,Slot
ini telah disampaikan oleh beberapa pengisi yang dijemput khas dalam kalangan mutazawijin bertempat
di Sutuh Asrama Pulau Pinang bagi sebelah Akhawat dan di Dewan Soleh
Al-Masri bagi sebelah ikhwah. Manakala pada jam 8:30 malam telah berlangsung
Slot Peranan Hisbah yang
disampaikan oleh Ustaz Muhammad Iskandaruzzaman Mohd Zulkafli bertempat di
Sutuh Asrama Pulau Pinang.
14 Februari 2019, jam 6:00
pagi telah berakhirnya daurah bagi kitab Idaman Penuntut bab Nikah. Tentatif program
DESA’19 kemudiannya diteruskan dengan Permainan Indoor Akhawat pada jam 12:00
tengah hari dan diteruskan dengan permainan Indoor Ikhwah pada jam 3:30 petang yang
bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang.
Kemuncak program DESA’19 telah berlansung pada 16 Februari jam
7:30 pagi dengan dengan Aktiviti Outdoor yang bertempat di Hadiqah Atfal bagi sebelah Ikhwah dan Hadiqah Dauliyyah bagi sebelah Akhawat. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya adalah acara sukaneka.Setiap kumpulan telah menunjukkan persaingan
yang sihat bagi meraih kemenangan.
Program DESA’19 melabuhkan tirainya pada 17 Februari 2019 dengan ucapan penutup oleh Naib Pengerusi
HEWI Ustazah Nur Syamsina binti Zahid. Seterusnya, diadakan persembahan gubahan berbentuk hantaran oleh setiap kumpulan bagi siswi dan persembahan
Video bagi Siswa. Penghujung majlis tersebut diadakan pemberian hadiah untuk pemenang bagi Teka kuaci,
kuiz sepanjang slot dan hadiah bagi setiap kumpulan. Majlis penutup Program DESA’19
BKPPPM 2019 telah berlangsung di Sutuh Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau
Pinang Mesir.
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM)
terus istiqamah dalam menganjurkan program yang
memberi manfaat kepada ahli-ahlinya baik dari segi ilmiah, thaqafah,
pemantapan rohani dan jasmani, serta pengukuhan ukhuwah sesama ahli. Program Desa’19
BKPPPM 2019 merupakan salah satu contoh penganjuran yang
menerapkan nilai-nilai tersebut.
Semoga penganjuran dan Program DESA’19 BKPPPM ini,
mengukuhkan ikatan ukhuwah dikalangan ahli seterusnya menyemarakkan semangat persatuan untuk istiqomah menjaga kebajikan dalam segala aspek.
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
"Bersatu Dan Berbakti"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah Dan Thaqafah Islamiyah"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah Dan Thaqafah Islamiyah"
Disediakan Oleh :
NUR HIDAYATI BINTI HAMDAN
( Timb. Pengarah Program Desa’19 Badan Kebajikan Pelajar Pulau
Pinang Mesir 2019 )
Comments