LAPORAN FAMILY DAY BKPPPM MADAGASCAR '17



LAPORAN FAMILY DAY BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR MADAGASCAR '17

       16 Februari 2017, KAHERAH, program Family Day tahun ini yang diberi nama MADAGASCAR ’17 (May Those Memories Last Forever) bertemakan “Rehlah Mahabbah, Usrah Saadah” “Semusim Bersama, Seabad Rasanya” telah melabuhkan tirainya.

Family Day tahun ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 11 sehingga 15 Februari 2017. Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan ahli BKPPPM dan mengeratkan hubungan silaturrahim sama ada pengajian islam atau sains perubatan di samping menyemai perasaan kasih sayang dan menghargai usaha generasi terdahulu seterusnya membentuk generasi yang sentiasa menyokong dan mendokong islam.

Madagascar’17 membuka tirainya pada 11 Februari iaitu malam perasmian  dengan ucapan daripada saudara Safmeezool Ameer Bin Satar selaku pengarah Madagascar ’17, kemudian diikuti pula dengan ucapan Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir saudara Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini seterusnya dirasmikan oleh Yang DiPertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 16/17 saudara Muhammad Anuar bin Abdullah.

Pada hari yang berikutnya, 12 Februari telah diadakan aktiviti indoor game bagi mahasiswi pada paginya dan diteruskan lagi pada pukul 1:30 tengahari dengan pengisian slot perubatan diikuti dengan Medical CheckUp. Manakala pada pukul 7:30 malam telah berlangsungnya talkshow yang membicarakan tentang Relationship Goals After Nikah.

Program diteruskan pada keesokan harinya 13 Februari dengan tazkirah subuh bertajuk “Family by blood, Family by heart” yang disampaikan oleh saudari Nur Amalina Huda Binti Hashim. Selepas daripada itu, program diteruskan lagi dengan aktiviti explorace pada pukul 9:00 pagi sehingga jam 1:30 tengahari dan pada malamnya pula dianjurkan aktiviti indoor game bagi mahasiswa dipremis Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.

Seterusnya, pada 14 Februari persaingan sihat antara kumpulan disemarakkan lagi dengan aktiviti outdoor yang bertempat di Ain’ El-Sukhna. Madagascar ‘17 melabuhkan tirainya pada 15 Februari dengan persembahan kesenian daripada setiap kumpulan dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh timbalan pengarah program saudari Farah Nurain Binti Zolkipli pada majlis malam penutup bertempat di sutuh BKAN BKPPPM.

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) terus istiqamah dalam menganjurkan program yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya baik dari segi ilmiah, thaqafah , pemantapan rohani dan jasmani , serta pengukuhan ukhuwah. MADAGASCAR’17 merupakan salah satu contoh  penganjuran yang menerapkan nilai-nilai tersebut. 



“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“Rabbani Thaqafi Khairi”

Disediakan Oleh :

AZRI ASYRAF BIN ISMAIL

( Setiausaha MADAGASCAR '17 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2016/2017 )


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL