LAPORAN ANNIVERSARY BKPPPM KAI KE-39



LAPORAN ANNIVERSARY BKPPPM KAI KE-39

28HB JANUARI 2017 -  Sempena ambang Anniversary Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir yang ke- 39 telah diadakan piala YDP dan YDPAH. Awal  jam 8 pagi semua ahli ikhwah seramai 50 orang  berkumpul di perkarangan BKAN Pulau Pinang dan terus bergerak ke tempat futsal iaitu di Wafa' Amal. Satu jam kemudian diikuti oleh ahli akhawat seramai 59 orang  yang turut berkumpul dan terus ke Padang Zahra untuk sukan bola jaring dengan menaiki empat buah tremco. Aktiviti futsal di sebelah ikhwah ternyata mendapat sambutan daripada ahli lama dan baru. Turut diadakan juga jualan ekonomi pada hari tersebut. Aktiviti bola jaring di sebelah akhawat berlangsung dengan jayanya, ditambah pula dengan permainan tuju kasut. Ramai ahli BKPPPM turut hadir untuk memeriahkan lagi Piala YDP dan YDPAH tersebut. Selama dua jam berada di tempat bermain, aktiviti pada pagi itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Aktiviti bergambar turut  diadakan mengikut setiap kumpulan dan keseluruhan ahli BKPPPM. Sekitar jam satu petang tremco yang membawa kami selamat sampai di rumah BKAN Pulau Pinang.

30HB JANUARI 2017- Program Ambang Anniversary BKPPPM Kali ke- 39 diteruskan lagi dengan Takirah Subuh Khas sempena ulang tahun BKPPPM yang disampaikan oleh ustazah Nur Farahin binti Hambali dengan tajuk "Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah". Pada sebelah malamnya pula majlis diteruskan dengan seluruh ahli- ahli BKPPPM berkumpul di perkarangan BKAN untuk menanti kehadiran perasmi dan Yang Dipertua. Perasmi tiba sekitar jam 7.40 malam bersama Yang Dipertua dengan menaiki motorsikal. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan deklamasi sajak yang disampaikan oleh saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki . Semua ahli memberi sepenuh perhatian terhadap sajak yang disampaikan. Selepas itu, tibalah gimik yang pertama sebelum menjejak masuk ke dalam BKAN, gimik berlangsung dengan pemotongan riben di pintu utama BKAN. Setelah selesai, semua ahli terus naik ke atas sutuh untuk meneruskan lagi program Anniversary. Majlis diteruskan dengan pembukaaan majlis oleh pengerusi umum, nyanyian lagu Asmaul- Husna, lagu Pulau Pinang, dan lagu Bersama Bersatu turut dinyanyikan. Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir Ustaz Ahmad Fariz bin Mohd Zaini dan juga perasmi program saudara Muhamad Iman bin Fadzil. Gimik perasmian yang kedua turut berlangsung dengan tandatangan perasmi program.

Majlis sambutan anniversary diteruskan dengan forum khas yang disampaikan oleh tiga mantan setiausaha BKAN termasuk moderator iaitu saudara Mohd Jasry Raimy bin Johari, saudara Muhamad Iman bin Fadzil dan saudara Muhamad Nabil bin Nasir. Forum yang memakan masa selama satu jam setengah tersebut diisi dengan penceritaan tentang sejarah BKPPPM, tarikh ditubuhkan bangunan BKPPPM, dan banyak lagi. Selepas itu, Yang Dipertua BKPPPM menyampaikan cenderahati kepada pengisi  forum khas tersebut. Majlis sambutan anniversary pada malam tersebut ditangguhkan dengan kafaratul majlis dan surah Al- 'Asr.  Pengerusi majlis turut mengumumkan tentatif pada malam berikutnya. Sekitar jam 11 malam Majlis Sambutan Anniversary pada malam tersebut  selesai.

31HB JANUARI 2017- Sambutan Anniversary BKPPPM kali- 39 diteruskan lagi dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan bacaan yasin di Surau Soleh Al- Masri. Semua ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir turut terlibat dalam memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Setelah tiba waktu isyak, semua ahli mendirikan solat isyak berjemaah bersama- sama. Seterusnya  majlis dimulakan dengan membaca ummul kitab dan nyanyian lagu Bersama Bersatu. Majlis diteruskan dengan ramah mesra barisan Ahli Jawatanuasa Tadbir dan Hewi. Pembawaan yang dibawa ketika ramah mesra adalah dengan berseloka yang diketuai oleh Yang Dipertua, Ahmad Fariz bin Mohd Zaini dan Naib Pengerusi Hewi,  Nor Farhana binti Abd Aziz.


   Majlis ramah mesa tersebut berlangsung selama dua jam. Selepas itu, dimeriahkan lagi dengan gimik pemotongan kek oleh barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hewi. Majlis diteruskan dengan pengumuman pemenang bagi wallpaper dan video kreatif. Setelah selesai penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan tayangan video sejarah BKPPPM, video barisan pimpinan sesi 2016/17 dan ditayangkan juga video kreatif terbaik di sebelah ikhwah dan akhawat. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh saudari Nurul Amirah binti Anuar selaku Penasihat HEWI 16/17. Di dalam ucapan tersebut  beliau ada menyentuh berkenaan kepentingan usrah. Beliau mengajak semua ahli BKPPPM untuk menghadiri usrah yang mana kita memperoleh banyak manfaat daripadanya. Sekitar jam 10.45 malam Majlis Anniversary melabuhkan  tirai dengan bacaan kafaratul majlis dan sesi bergambar.

Disediakan Oleh :
Setiausaha Anniversary BKPPPM kali ke-39

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"




Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL