PERISTIWA PENTING DALAM BULAN JAMADIL AWWAL


Bulan Jamadil Awwal bererti bulan permulaan musim sejuk. Dari sudut bahasa bererti kering atau beku. Hal ini kerana pada bulan ini orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN JAMADIL AWWAL:- Ramai yang memandang remeh bulan ini kerana tidak mempunyai fadhilah yang banyak di dalamnya namun, terdapat banyak peristiwa – peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan ini, antaranya ialah: 1.Peperangan Ajnadain pada 27 Jamadil Awwal. Peperangan ini telah membuka jalan kepada penyempurnaan Islam di bumi Syam. 2.Pembukaan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada 20 Jamadil Awwal. 3.Kelahiran Saidina Ali Bin Abi Thalib pada 8 Jamadil Awwal. Justeru, antara peristiwa terbesar yang berlaku dalam bulan ini ialah kelahiran Saidina Ali Bin Abi Thalib. Beliau merupakan antara sahabat yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Walaupun beliau 32 tahun lebih muda daripada Rasulullah S.A.W. Namun, itu bukan menjadi penghalang untuk beliau berdamping bersama Rasulullah S.A.W. Usia kecilnya banyak dihabiskan bersama Rasulullah SAW. Jadi, beliau menerima didikan terus dari Rasulullah S.A.W dan tidak pernah dicemari oleh amalan – amalan serta perkara-perkara jahiliyah.


4. Sayyidah Zainab lahir tanggal 5 Jamadil Awwal tahun 5 Hijriah. Beliau merupakan cucu Rasulullah S.A.W dan puteri Imam Ali a.s. Selain itu, Fathimah Az-Zahra r.a juga telah dilahirkan di dunia pada tanggal tersebut. Putri Imam Ali a.s ini terkenal atas ketakwaan, ketinggian ilmu, kefasihan bahasa, dan keberaniannya dalam membela kebenaran. Pada era pemerintahan Khalifah Yazid yang kejam dan despotik, saudara Sayyidah Zainab, Imam Husain a.s. menolak untuk berbaiah kepada khalifah zalim itu dan memilih melakukan perlawanan. Imam Husain beserta 72 anggota keluarga dan sahabatnya dikepung oleh ribuan orang pasukan Yazid di Padang Karbala. Di antara anggota kafilah Imam Husain tersebut adalah Sayyidah Zainab dan dua putera beliau yang kemudian gugur syahid untuk membela Imam Husan. Di Iran, hari kelahiran Sayyidah Zainab juga diperangati sebagai “Hari Perawat” untuk mengenang jasa beliau yang menjadi perawat dan pelindung para korban tragedi Karbala.
5. Fatimah Az-Zahra syahid tanggal 13 Jamadil Awwal tahun 11 Hijriah, berdasarkan sebahagian riwayat Islam, pada hari ini, Fatimah Az-Zahra r.a, puteri Rasulullah S.A.W, gugur syahid. Fatimah Az-Zahra dalam usianya yang pendek, telah melalui kehidupan yang penuh penderitaan, namun penuh dengan teladan dan pelajaran berharga bagi umat manusia. Pada usia kanak-kanak, ibu beliau, Khadijah, meninggal dunia. Sejak itu pula, Fatimah Az-Zahra mendampingi ayahnya dalam mendakwahkan Islam. Fatimah Az-Zahra merasakan dan menyaksikan berbagai gangguan dan permusuhan yang dilancarkan kaum kafir terhadap umat muslimin. Di bawah asuhan ayah beliau, Fatimah Az-Zahra mencapai keilmuan dan ketakwaan yang sangat tinggi. Di antara kalimat teladan yang pernah diucapkan Fatimah Az-Zahra r.a adalah sebagai berikut:
"Ada tiga hal yang kucintai di dunia, iaitu membaca Al-Quran, memandang wajah Rasulullah S.A.W, dan bersedekah di jalan Allah SWT. 6. Imam Ali Zainal Abidin a.s lahir tanggal 15 Jamadil Awwal tahun 38 Hijriah, berdasarkan sebahagian riwayat Islam, pada hari ini Imam Ali bin Husain a.s putera Imam Husain a.s, cucu Rasulullah SAW, dilahirkan ke dunia di kota Madinah. Ketakwaan, ketinggian ilmu, dan kedermawanan Imam Ali bin Husain membuat beliau digelari Zainal Abidin atau “Hamba yang Mulia”. Imam Ali Zainal Abidin merupakan salah satu dari 72 anggota kafilah Imam Husain di Karbala. Beliau menyaksikan sendiri ayah, bapa saudara, sepupu, dan sahabat-sahabat Imam Husain satu-persatu dibunuh oleh tentara Yazid, penguasa kaum muslimin saat itu. Namun kerana sakit, Imam Ali Zainal Abidin tidak dapat sertai pertempuran tersebut.

Sungguh, betapa pentingnya untuk kita sebagai umat Islam mengetahui sejarah-sejarah Islam. Sesiapa yang tidak tahu sejarah maka ia akan mengulangi sejarah. Semoga dengan peristiwa-peristiwa penting ini kita memperolehi manfaat dan pengajaran serta mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Wallahu Ta'ala A'lam.



Disediakan Oleh:
Lajnah Penerangan & Penerbitan BKPPPM sesi 16/17


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL