LAPORAN HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM 2016 (HTS 16)








HTS’16 - Hari Taklimat & Silaturrahim 2016 (HTS’16) merupakan salah satu program di bawah Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) yang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Julai 2016. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan mahasiswa/wi baru ke bumi Mesir di samping memperkenalkan BKPPPM kepada mahasiswa/wi baru. Selain itu juga, membentuk kerjasama serta menyemai ukhuwah dalam kalangan mahasiswa/wi baru dengan mahasiswa/wi lama.

Hari Taklimat & SIlaturrahim 2016 (HTS’16) telah disertai oleh 52 orang peserta khususnya mahasiswa/wi baru BKPPPM dengan bertemakan “Towards A Better Generation (Ke Arah Generasi Yang Lebih Baik)”. Pelbagai pengisian yang menarik telah diadakan, antaranya ialah Forum Mahasiswa, Diskusi Kitab, Sejarah BKPPPM, Senat Fakulti, Penerangan UBM, Hisbah, Kesihatan dan Keselamatan, Explorace, Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) dan diakhiri dengan Persembahan Malam Kebudayaan.

Semoga peserta-peserta yang telah menyertai Hari Taklimat & Silaturrahim 2016 (HTS’16) ini dapat mengambil manfaat melalui pengisian-pengisian yang telah diadakan.

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah, Teguh Wehdah”

“Towards A Better Generation”


Disediakan oleh : Setiausaha Hari Taklimat & Silaturrahim 2016 (HTS’16)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL