LAPORAN PROGRAM RIUH’16 (RIANG RIA HARI RAYA)


LAPORAN PROGRAM RIUH’16 (RIANG RIA HARI RAYA)


Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan program Hari Raya Aidifitri di bumi Mesir . Program tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan diberi nama “Riang Ria Hari Raya” (Riuh’16) dan bertemakan “Download Lebaran, Share Kebahagiaan”. Program ini telah berlangsung di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Pulau Pinang pada 5, 6, 7 & 9 Julai 2016 selama empat hari. Persiapan program telah diadakan sehari sebelum iaitu pada hari Isnin 4 Julai 2016. Antara objektif program raya pada tahun ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM dan menghubungkan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwah islamiyah di kalangan ahli.

Isnin 4 Julai jam 4.00 petang diadakan acara gotong-royong di perkarangan asrama bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat di syaqqah masing-masing.

Selasa 5 Julai, program diteruskan dengan acara gotong-royong menyiapkan persiapan dewan. Malam hari tersebut, selepas solat Isyak semua ahli BKPPPM melaungkan takbir raya beramai-ramai di Dewan Soleh Al-Masri.

Majlis perasmian pada malam raya dimulakan dengan ucapan aluan oleh saudara Safmeezool Ameer bin Satar selaku pengarah program, ucapan perasmian oleh saudara Muhammad Firdaus Bin Samsudin selaku Ahli Lembaga Penasihat BKPPPM. Seterusnya perutusan raya yang telah disampaikan oleh yang dipertua BKPPPM saudara Muhamad Iman Bin Fadzil dan diakhiri dengan tayangan video raya yang disediakan oleh  unit teknikal program Riuh’16. Usai sahaja majlis, semua dihidangkan dengan jamuan ringan.

Rabu 6 Julai bermula jam 3.30 pagi, selepas solat subuh berjemaah diteruskan dengan  Tazkirah Aidilfitri oleh saudara Muhammad Hafizuddin bin Mat Nasir dan pada jam 6.00 pagi semua ahli BKPPPM bertolak ke Masjid Tantawi untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Setelah selesai solat sunat hari raya, menjadi rutin setiap tahun semua ikhwah akan bergambar, membuat ucapan serta rakaman hari raya di perkarangan Asrama Pulau Pinang . Tepat jam 2.00 tengah hari telah bermula program santai Aidilfitti di Dewan Soleh Al Masri sambil menjamu selera.

Program Riuh’16 bermula pada jam 8.00 malam dengan aturcara dewan yang yang telah disusun atur oleh unit pengisian program Riuh’16 antaranya muhadharah bersama Syeikh Saad Saad Jawish.

Pada hari berikutnya, Khamis 7 Julai, aktiviti diteruskan lagi dengan ziarah mahabbah ke rumah sewa anak-anak Negeri Pulau Pinang. Program Riuh’16 bermula jam 8.00 malam dengan aturcara dewan antaranya dam ular, pakaian kreatif, kuih raya kreatif, king&queen photobooth, komen kreatif dan banyak lagi acara menarik sambil menjamu selera dan majlis telah dikelolai oleh dua orang moderator iaitu saudara Ahmad Fariz bin Mohd Zaini dan saudara Shahril bin Samsuri. Setelah selesai semua persembahan, majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang program berlangsung seperti; pakaian kreatif, komen kreatif, kuih raya kreatif, king&queen photobooth dan team masak.

Pada hari berikutnya, Sabtu 9 Julai  RIUH 16  telah melabuhkan tirai dengan mengadakan aktiviti terakhir di luar dewan bertempat di ‘Ain Sukhna bagi ikhwah manakala sebelah akhawat telah menjalankan aktiviti ‘barbeque’ pada jam 8.30 malam di sutuh premis BKPPPM. Semoga perjalanan program selama empat hari ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T. Harapan pengarah Program RIUH’16 (Riang Ria Hari Raya) agar tautan ukhuwah sesama ahli BKPPPM di Mesir semakin utuh dan bergembira sepanjang program ini.





Disediakan oleh; Setiausaha RIUH’16



Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963