TINGKAT THAQAFAH NUQABA`



KAHERAH, 16 April 2013 - Bagi memantapkan lagi thaqafah para nuqaba' diperingkat Pmram Cawangan Pulau Pinang, maka telah diadakan pengisian khusus untuk semua naqib dan naqibah dibawah seliaan saudara Mohammad Hafiz bin Abdul Aziz selaku pengarah Jabatan Nuqaba' sesi 2012/2013. 

Pengisian pertama berkaitan Feqh Dakwah, yang mana ia merangkumi rukun jemaah, peringkat-peringkat dakwah dan rukun dakwah. Seterusnya pengisian kedua berkisar tajuk dalil perjuangan dengan mengupas ayat Al-Quran daripada surah yusof ayat 108. Kedua-dua pengisian ini telah disampaikan oleh wakil Jabatan Nuqaba' Pusat saudara Muhammad Yahya Bin Samsul. 

Kehadiran para nuqaba' sekitar 21 orang ikhwah termasuk juga akhawat. Kesemuanya memberikan kerjasama dan tumpuan yang amat baik. Setelah selesai pengisian untuk para nuqaba', diadakan sedikit pertemuan bagi membincangkan segala permasalahan berkaitan perjalanan usrah dan muhasabah. 

Pertemuan ini diakhiri pada jam 11.15 malam dengan kafaratul majlis dan surah Al-asr. Mudahan-mudahan para nuaqaba` dapat mengambil manfaat sepenuhnya dalam memantapkan lagi perjalanan usrah di Pmram Cawangan Pulau Pinang InsyaAllah.  

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963