Artikel Terkini :
Home » , » LAPORAN KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR (KUSARA 2018)

LAPORAN KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR (KUSARA 2018)


LAPORAN KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR
( KUSARA ) 2018




  KEPALA BATAS : Seramai 66 orang mahasiswa yang akan ke Mesir, telah menyertai Kursus Sehari Ke Al-Azhar (KUSARA) 2018. Kursus yang dianjurkan bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pulau Pinang dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) itu telah diadakan selama 2 hari pada tarikh 31 Mac dan 1 April 2018 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.

    Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiwa mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar, Mesir. Antara pengisian menarik yang telah disampaikan dalam kursus tersebut adalah Diskusi Kehidupan Di Alam Mahasiswa, Taklimat Keselamatan Dan Kesihatan Di Mesir, Kenali Mesir Dan Al-Azhar, Cabaran Dalam Kampus, Ceramah Motivasi Ke Alam Mahasiswa, Kenali BKPPPM, dan pengenalan Pusat Bahasa Arab.

  Bermula pada hari pertama, jam 8 pagi sesi pendaftaran peserta dan sarapan. Kemudian pada pukul 9:00 pagi, peserta diberi taklimat tentang kursus dan perkenalan AJK. Usai taklimat, kursus diteruskan dengan beberapa pengisian slot yang penting sebagai persedian melanjutkan pengajian ke timur tengah. Tentatif kursus kemudian bersambung pada hari kedua.
    
Kursus hari kedua bermula pada pukul 4:00 pagi dengan qiamulail. Kemudian pada pukul 9:00 pagi diteruskan dengan slot Kenali Mesir, Usai taklimat berkenaan zakat, kursus diteruskan dengan beberapa pengisian slot penting sepeti cabaran dalam kampus dan ceramah motivasi, seterusnya slot penutup.

  Semoga para peserta yang telah menyertai Kursus Sehari Ke Al-Azhar ini dapat mengambil manfaat melalui pengisian-pengisian yang telah diadakan dan mempersiapkan persedian yang rapi sebelum melanjutkan pengajian ke timur tengah.


 
Disediakan oleh : Setiausaha
KUSARA’18

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“Fikrah Thaqafah Biah Wehdah”


Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM