Artikel Terkini :
Home » , » PURE LOVE..!!

PURE LOVE..!!



“Keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan seseorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan..” Keyakinan dan rasa kasih kepada-Nya merupakan tunjang sesebuah kebahagiaan jua keberkatan yang diperoleh dalam kehidupan.

Cintakan Tuhan bermakna mencintai Kekasih yang dikasih dan dirindu, Kekasih yang menyalakan sinar keimanan dan ketaqwaan yang berlayar ke samudera syifak (penawar) dalam hati. Akan tetapi janganlah kerana terlalu mencari kekasih sehingga menduakan cinta-Nya iaitu cinta yang tidak berdasarkan reda-Nya kerana apabila cinta berkuasa, diri menjadi bingung, gundah-gulana, resah melanda. Banyak urusan tergendala. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan andai orang mengetahui tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. 

Dari itu, ke mana perginya ??
Cintakan Tuhan ?

Cinta kepada bunga, ia akan LAYU
Cinta kepada manusia, ia akan MATI
Cinta kepada harta, ia akan TINGGAL
Cinta kepada dunia, ia TIDAK KEKAL
Malahan cinta semua ini boleh membuatkan kita DITIPU. 
TETAPI...
CINTA kepada ALLAH, ia akan segar, kekal dan hidup selama-
lamanya, serta tenggelam dalam kenikmatan cinta yang abadi.

Tuhan leraikanlah dunia yang membiak didalam hati supaya tampak jelaslah cinta-Mu yang tidak 
kunjung padam. Cinta kepada Allah adalah kecintaan hakiki yang tidak bisa dikalahkan oleh mana  - mana cinta yang lain kerana dari situ bakal terbitlah kepercayaan dan keberanian dalam bertuhankan Allah dan mengikut perintah-Nya. Hanyasanya yang tidak yakin dan percaya dengan janji Tuhan akan melanggarinya. Firman Allah yang bermaksud : “Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. 

Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” - Surah al-Baqarah 

Disediakan oleh : Unit Risalah Biro & Unit Pendidikan BKPPPM 2014-15
Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM