PERISTIWA NUZUL AL-QURAN




NUZUL QURAN 

Peristiwa Nuzul Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN

Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Dan peristiwa ini terjadi ketika Nabi S.A.W sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira’. Dalam sejarah kehidupan Nabi S.A.W ayat Al-Quran yang pertama di turunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq maksudnya:
 “ Bacalah( wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. “ (Al-‘Alaq:1-5)

APAKAH KAITANNYA MALAM LAILATULQADAR DENGAN NUZUL QURAN

Sebenarnya Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah S.A.W diantaranya firman Allah S.W.T maksudnya : 
“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar , Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah( Malam itu) hingga terbit fajar ” (Al-Qadar:1-5)

Lailatulqadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadhilat malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 terakhir ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan.

HADIS DAN KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Bacalah al-Quran sesungguhnya akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya. (Riwayat Muslim)

Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah :

1) Al-Quran akan menjadi syafaat dan penyelamat kita di hari akhirat nanti.

2) Mendapat pahala.

3) Allah mempertingkatkan martabat orang mukmin yang membaca al-Quran.

4) Membaca al-Quran dapat memberikan ketenangan kepada pembacanya.

5) Ibu bapa kita diberi kemuliaan oleh Allah pada hari kiamat.

Jadi marilah kita sama-sama mengambil manfaat dan keberkatan di bulan yang mulia ini ,iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.Mudah-mudahan kita akan mendapat keberkatan dan ganjaran serta kita akan terdidik menjadi muslim yang bertakwa.

DISEDIAKAN OLEH : UNIT PENGISIAN IHTIRAM ‘13

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963