LAPORAN MINGGU THAQAFAH FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI 2019 (FACULTY'19) BKPPPM

LAPORAN MINGGU THAQAFAH FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI 2019 (FACULTY`19) BKPPPM

21 September 2019 , KAHERAH – Program Fiesta Conference of Thaqafi 2019 (FACULTY `19) telah pun melabuhkan tirainya. Minggu thaqafah Fiesta Conference of Thaqafi 2019 (FACULTY `19) dengan bertemakan “Empowering Islamic Knowledge & Thinking” telah berlangsung jayanya selama 11 hari bermula daripada 11 September sehingga 21 Setember 2019 bertempat di Asrama Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaherah.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang menitikberatkan perkembangan ketamadunan Islam dan fitnah akhir zaman serta mengeratkan ukhuwah sesama ahli BKPPPM di Perlembahan Nil seterusnya menjayakan pembawaan Yang Dipertua yang ketiga iaitu Fikrah dan Thaqafah Islamiah.

11 September 2019, jam 7:30 malam program dimulakan dengan malam perasmian bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Pulau Pinang yang dimulai dengan ucapan ustaz Muhammad Amirul Uzair bin Mohd Khairi selaku Pengarah FACULTY`19 diikuti dengan ucapan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 18/19, Ustaz Muhamad Hafizuddin bin Mat Nasir. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Aqli Hakimi bin Zulkipli selaku Ketua Penasihat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 18/19 sekaligus melancarkan gimik perasmian FACULTY`19. Pada 12 September jam 7:30 malam, telah diadakan diskusi kitab القرآن هذا yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zahari bin Ali.

Pada 14 Setember, program telah diteruskan dengan aktiviti outdoor akhawat iaitu lawatan ke Muzium Kesenian Islam, Atabah. Ahli akhawat disediakan dengan soalan kuiz berkaitan dengan sejarah ketamadunan dan perkembangan Islam yang terdapat di dalam muzium tersebut sepanjang lawatan diadakan. Pada sebelah malam pula, jam 7:30 malam telah diadakan forum ketamadunan Islam bertajuk “The Golden Age of Islamic Empire” yang telah disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Hilmi bin Hussin Shokri, Fasilitator Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) 18/19 dan Ustazah Hurin Nuur binti Yahya, Setiausaha Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) 18/19.

Seterusnya pada 15 September jam 7:30 malam telah diadakan pembentangan kertas kerja eskatologi yang telah disampaikan oleh Ustaz Syakir Faleh Lai seorang aktivis Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Pulau Pinang. Pada 16 Setember jam 5:00 pagi telah diadakan daurah kitab hadis akhir zaman yang disampaikan oleh Ustaz Ilmam bin Ismail. Daurah kitab telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut sehingga 18 September. Pada 17 September jam 8:00 malam telah diadakan pertandingan mengarang esei. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil penyertaan. Tajuk-tajuk esei telah diundi oleh ketua kumpulan pada hari perasmian.

Kemudian, pada 19 September jam 7:30 malam telah diadakan persembahan debat terancang dengan tajuk Undi 18 : Mahasiswa Berhak Memilih. Persidangan debat ini diwakili oleh akhwat di pasukan kerajaan dan ikhwah di pasukan pembangkang dengan kelolaan seorang speaker dewan iaitu saudara Ahmad Fariz bin Mohd Zaini. Pada 20 September hari Jumaat pula telah dijalankan pertandingan pidato di sebelah ikhwah bertempat di Dewan Soleh Al-Masri selepas solat Jumaat.

Pada hari terakhir program 21 September jam 9:30 pagi telah dijalankan pertandingan pidato di sebelah akhawat bertempat di Dewan Soleh Al-Masri. Pelbagai pengisian dan pertandingan menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya pertandingan menghasilkan video FACULTY `19 serta pertandingan mencipta wallpaper FACULTY `19 bertemakan “Jom ke Kuliah” dan kuiz FACULTY `19. Program FACULTY `19 diakhiri dengan majlis penutup yang berlangsung pada jam 7:30 malam bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang dengan ucapan penutup daripada Ustazah Nur Nadiah Ahza binti Zaidi selaku Timbalan Pengarah FACULTY `19 dan ucapan daripada Ustazah Nur Syamsina binti Zahid selaku Naib Pengerusi HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 18/19.

Majlis penutup diteruskan dengan penyampaian hadiah pemenang individu bagi pertandingan pidato dan mengarang esei sekaligus pemenang kesseluruhan setiap kumpulan. Kemudian, diadakan persembahan pemidato terbaik ikhwah dan tayangan hasil hasil karya wallpaper dan video setiap kumpulan. Majlis penutup telah diakhiri dengan tayangan video sepanjang program FACULTY`19.

Semoga dengan penganjuran minggu thaqafah Fiesta Conference of Thaqafi 2019 (FACULTY`19) ini dapat mengukuhkan ikatan ukhuwah dalam kalangan ahli seterusnya melahirkan mahasiswa/I yang menitikberatkan kepentingan thaqafah dalam kehidupan seharian.

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah, Teguh Wehdah”
“Bersatu Berbakti”
“Biah Berkualiti”
“Fikrah dan Thaqafah Islamiah”


Disediakan oleh :
       
                           t.t
…………………………………………….
(NUR NADIAH AHZA BINTI ZAIDI)
Timbalan Pengarah FACULTY `19,
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL