ARMA DIHATI : PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI....!!!
 
      Asrama  Rumah  Melayu  Abbasiyah  atau  lebih  dikenali  dengan  ARMA   suatu  masa  dahulu  pernah  melakarkan   tragis  hitam  dalam  sejarah  agung  PMRAM  apabila  PMRAM  diusir  keluar  dari  ARMA  tanpa  sebab  yang munasabah  pada  tahun  1992.            Isu  ARMA   menjadi  bukti  kesungguhan  PMRAM  dalam  menjaga  kebajikan  mahasiswa / wi  melayu  di  Mesir.Kesan  daripada  itu  PMRAM  tidak  lagi  mempunyai  tempat  operasi  yang tetap  malahan  dinafikan  hak  dengan  penyelewengan  fakta  oleh  pihak  yang tidak  bertanggungjawab .                  Isu  berkaitan  ARMA  ini  seringkali  dilaungkan  namun  sensitiviti  ahli  terhadap  isu  ini  masih  suram.Suasana  kebangkitan  ahli  ketika  mana  PMRAM  dihalau  keluar  dari  ARMA  masih  belum  dapat  dirasai  kini.isu  ini  hanya  diperjuangkan  oleh  segelintir  sahaja  dikalangan  mereka  yang benar-benar  memahami  perjuangan  PMRAM.Dimana  hilangnya  aura semangat  abang-abang  dan  kakak-kakak  kita  yang d...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
