Posts

Kalam Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya BKPPPM Sesi 2016/17

Image
Kalam Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya BKPPPM Sesi 2016/17 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Firman Allah SWT dalam Kitab-Nya yang agung : يَا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ (ص: 26) ” Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Sad: 26) Kepimpinan dan Syura Islam sebagai rahmat bagi seluruh manusia, telah meletakkan persoalan perihal pemimpin dan kepemimpinan sebagai salah satu persoalan pokok dala...

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Sejarah di Bulan Muharram

Image
Mengenal Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Sejarah di Bulan Muharram. Kita sebagai umat agama Islam sepatutnya mengetahui peristiwa-peristiwa besar yang terjadi dalam 12 bulan Islam atau disebut kalender Hijriyah. Sebelum itu mari kita mengenali bagaimana sejarah kalender Hijriyah dicipta. Kalender Hijriyah bermula sejak tahun 682 Masihi. Kalender itu terbentuk setelah Amirul Mukminin Umar bin Khathab RA mengalami sebuah masalah, yaitu masalah administrasi, yang diadukan oleh sahabat Abu Musa Al-Asy’ari ra, yang ketika itu menjabat sebagai gubenor di kota Bashrah, kerana masalah membezakan tahun di surat-surat yang dikirim oleh Amirul Mukminin untuknya. Maka dikumpulkanlah para pembesar sahabat Nabi SAW sekaligus penasihat-penasihat Amirul Mukminin, berunding untuk menetapkan bilakah sepatutnya dimulakan kalender tahun dalam Islam. Sebahagian sahabat mengusulkan agar ditetapkannya awal tahun Islam adalah tahun diutuskan Rasulul...

LAPORAN KHAIRI’17 BKPPPM

Image
LAPORAN KHAIRI’17 BKPPPM 2017/18 RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 17 SEPTEMBER hingga 19 SEPTEMBER 2017 : Hari Kebajikan merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan bagi menjayakan pembawaan Yang DiPertua BKPPPM iaitu “Rabbani Thaqafi Khairi”. Program ini  diberi nama ‘KHAIRI’ bersempena dengan item pembawaan YDP dan bertemakan “Kebajikan Terjaga Ukhuwah Terbina”. KHAIRI’17 telah berlangsung selama 3 hari bermula 17 September  sehingga 19 September 2017. Objektif program ini adalah untuk memberi kemahiran berkaitan kemasyarakatan kepada ahli BKPPPM, memberikan atau menyalurkan sumbangan kepada yang kurang berkemampuan dan menjayakan salah satu pembawaan Yang DiPertua BKPPPM sesi ini "Rabbani Thaqafi Khairi". KHAIRI ‘17 membuka tirainya pada Ahad 17 September sebelah malamnya dengan Majlis Perasmian KHAIRI ‘17 bertempat  di dewan Soleh Al-Masri . Ucapan alu-aluan dimulakan dengan ucapan daripada saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli selaku Pen...

LAPORAN SAHARA BKPPPM 2017

Image
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2017 ( SAHARA '17 ) RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 30 OGOS hingga 4 SEPTEMBER 2017 :  Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA’17 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. Namun tidak pada temanya, SAHARA’17 membawa pembawakan yang lebih menarik dengan bertemakan “Tingkatkan Pengorbanan, Zahirkan Kesyukuran”. SAHARA’17 telah berlangsung selama 6 hari bermula 30 Ogos  sehingga 4 September 2017. Objektif program ini adalah untuk meribat ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam, dan memupuk semangat kerjasama dalam bermasyarakat di kalangan ahli. SAHARA’17 membuka tirainya pada tanggal 30 September iaitu pada malamnya dengan bacaan kitab ” إسعاد البرية في أحكام الأضحية “ yang disampaikan oleh Timbalan Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi. Pada kee...

IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN YANG MERUNCINGKAN

Image
Dewasa ini mahasiswa sering terdedah dengan permasalahan percanggahan ideologi dan pemikiran yang meruncingkan. Dasar serta teras dalam fahaman ideologi yang tidak konkrit akan melahirkan mahasiswa yang berpemikiran tidak sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah. Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan himpunan remaja aties (Atheist Republic Consulate)  yang kebanyakannya terdiri dari anak muda melayu yang murtad. Hal ini amat dikesali kerana kebanyakan mereka merupakan remaja yang pada awalnya beragama islam. Permasalahan  yang berpunca daripada kurang kefahaman serta ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama akhirnya melahirkan remaja dan mahasiswa yang pincang. Tidak cukup dengan permasalahan aqidah mahasiswa yang menimbulkan kerisauan. Anak muda kini lebih mudah terdedah kepada ideologi yang sama sekali tidak selari dengan ajaran al-quran dan sunnah seperti liberalisma, pluralisma, feministma dan sebagainya. Allah swt berfirman :  ...

LAPORAN RELAX'S (JAULAH FAYYOUM)

Image
LAPORAN RELAX'S (JAULAH FAYYOUM) Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat ; ayat 53). Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) sesi 2016/17 telah menganjurkan RELAX'S '17 (Jaulah Fayyoum) kepada semua mahasiswa BKPPPM. Jaulah Fayyoum ini telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Ogos 2017, disertai seramai 38 orang peserta. Rombongan bertolak ke Fayyoum seawal 7.45 pagi dan doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz Mohd Danial Bin Mohd Kassim. Daerah Fayyoum terkenal dengan kebun sayur yang subur dan lembah yang terkenal dengan hasil pertanian dari zaman dahulu hingga sekarang. Ia terletak 105 km ke arah selatan bandar kaherah. Destinasi pertama yang kami ...

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH & KORBAN.

Image
KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH & KORBAN. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. وبعد Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah: Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah. Beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya: 1. Firman Allah SWT:   وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر     Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} [Al-Fajr: 1-2] Kata Ibnu Kathir:  Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari]. 2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda: (( مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إ...