LAPORAN SAHARA BKPPPM 2017



LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2017
( SAHARA '17 )


RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 30 OGOS hingga 4 SEPTEMBER 2017 :  Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA’17 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. Namun tidak pada temanya, SAHARA’17 membawa pembawakan yang lebih menarik dengan bertemakan “Tingkatkan Pengorbanan, Zahirkan Kesyukuran”.

SAHARA’17 telah berlangsung selama 6 hari bermula 30 Ogos  sehingga 4 September 2017. Objektif program ini adalah untuk meribat ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam, dan memupuk semangat kerjasama dalam bermasyarakat di kalangan ahli.

SAHARA’17 membuka tirainya pada tanggal 30 September iaitu pada malamnya dengan bacaan kitab ” إسعاد البرية في أحكام الأضحية “ yang disampaikan oleh Timbalan Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi. Pada keesokan harinya, juga di malam hari, telah diadakan majlis perasmian dengan ucapan daripada saudara Muhamad Amer Shafiq Bin Azanuar Yusri selaku pengarah SAHARA’17, diikuti ucapan daripada Yang DiPertua Badan Kebajikan Badan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini dan seterusnya merasmikan program SAHARA’17 pada malam tersebut.

Pada hari yang berikutnya, 1 September bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1438H seperti biasa, seluruh kaum muslimin akan berkumpul dan bersama untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di pagi hari. Setelah selesai solat sunat Aidiladha, telah menjadi adat bagi kaum manusia untuk bergambar dan berswafoto pada pagi tersebut. Aktiviti pada hari itu diteruskan dengan gotong-royong menyembelih kambing dan khoruf. Sebanyak 20 ekor kambing yang dijangka siap disembelih pada pagi tersebut. Di sebelah petang pula, telah diadakan gotong-royong menyembelih unta.




Program diteruskan pada keesokan harinya, 2 September dengan sambungan gotong-royong menyembelih 19 ekor kambing dan khoruf  yang berbaki justeru menjadikan jumlah mutlak sembelihan pada kali ini seekor unta, 4 ekor khoruf dan 35 ekor kambing.

Pada tanggal 4 September majlis penutup SAHARA’17 telah dilangsungkan di Dewan Soleh Al-Masri dengan ucapan penutup daripada Naib Pengerusi HEWI BKPPPM saudari Nor Farhana binti Abd Aziz seterusnya diikuti dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Al-Furqon. Program diteruskan lagi sebagai pemanis mulut untuk program SAHARA’17 dengan mengadakan rumah terbuka bersempena dengan Hari Raya Aidiladha. Dengan selesainya rumah terbuka tersebut, maka berakhirlah SAHARA’17 pada kali ini.

Justeru, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir berharap agar segala objektif, visi, dan misi BKPPPM dapat direalisasikan dengan berjayanya program-program seperti ini.


Disediakan oleh : Setiausaha SAHARA’17 BKPPPM

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL