LAPORAN KHAIRI’17 BKPPPM



LAPORAN KHAIRI’17 BKPPPM 2017/18

RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 17 SEPTEMBER hingga 19 SEPTEMBER 2017 : Hari Kebajikan merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan bagi menjayakan pembawaan Yang DiPertua BKPPPM iaitu “Rabbani Thaqafi Khairi”. Program ini  diberi nama ‘KHAIRI’ bersempena dengan item pembawaan YDP dan bertemakan “Kebajikan Terjaga Ukhuwah Terbina”.

KHAIRI’17 telah berlangsung selama 3 hari bermula 17 September  sehingga 19 September 2017. Objektif program ini adalah untuk memberi kemahiran berkaitan kemasyarakatan kepada ahli BKPPPM, memberikan atau menyalurkan sumbangan kepada yang kurang berkemampuan dan menjayakan salah satu pembawaan Yang DiPertua BKPPPM sesi ini "Rabbani Thaqafi Khairi".

KHAIRI ‘17 membuka tirainya pada Ahad 17 September sebelah malamnya dengan Majlis Perasmian KHAIRI ‘17 bertempat di dewan Soleh Al-Masri. Ucapan alu-aluan dimulakan dengan ucapan daripada saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli selaku Pengarah KHAIRI ’17, seterusnya ucapan perasmian disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Haji Rosli Bin Othman selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. 



Selepas majlis perasmian pada malam tersebut, KHAIRI ’17 diteruskan lagi dengan pengisian berbentuk forum yang bertajuk ‘Mind Your IKHTILAT.’ Pengisian tersebut berkisarkan tentang kepentingan menjaga ikhtilat sesama lelaki dan perempuan.

Pada keesokan harinya, Isnin 18 September, KHAIRI ’17  diteruskan dengan Kursus Jenazah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Haji Rosli Bin Othman. Pengisian tersebut merupakan salah satu objektif KHARI '17 ‘Memberi kemahiran berkaitan kemasyarakatan kepada ahli BKPPPM.’
 
Seterusnya, pada hari terakhir tanggal 19 September KHAIRI ’17  program diteruskan dengan Seminar Wanita berkisarkan perkongsian berkaitan kesihatan wanita pada sebelah petangnya. Seminar tersebut hanya khusus untuk ahli perempuan sahaja kerana seminar tersebut membincangkan permasalah kesihatan yang sering dihadapi oleh kaum wanita dan bagaimana cara untuk mencegah penyakit tersebut sebelum ianya merebak dengan lebih teruk. Manakala ahli lelaki melakukan aktiviti gotong-royong membersih perpustakaan di rumah Sheikh Rifaat Fauzi. 

Program diteruskan lagi pada jam 8 malam di dewan Soleh Al-Masri dengan Majlis Penutup. Ucapan penutup disampaikan oleh Yang DiPertua BKPPPM Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Majlis Penutup tersebut diakhiri dengan persembahan sanjak daripada ahli BKPPPM bertemakan kemanusiaan. Akhir sekali, KHAIRI ’17 melabuhkan tirainya dengan sesi fotografi dan jamuan ringan. 

Oleh itu, pihak BKPPPM berharap agar segala input dan pengisian yang diperolehi dalam KHAIRI ’17 dapat memberi manfaat kepada semua ahli serta berguna kepada masyarakat. Akhir sekali, semoga KHAIRI ’17 ini dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT disamping dapat menjayakan pembawaan YDP BKPPPM pada tahun ini dengan jayanya. Sekian…



Disediakan oleh : Setiausaha KHAIRI ‘17

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL