Kalam Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya BKPPPM Sesi 2016/17


Kalam Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya BKPPPM Sesi 2016/17


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Firman Allah SWT dalam Kitab-Nya yang agung :

يَا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ (ص: 26)

” Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Sad: 26)

Kepimpinan dan Syura

Islam sebagai rahmat bagi seluruh manusia, telah meletakkan persoalan perihal pemimpin dan kepemimpinan sebagai salah satu persoalan pokok dalam ajarannya. Beberapa pedoman atau panduan telah digariskan untuk melahirkan kepemimpinan yang diredhai Allah SWT, yang membawa kemaslahatan, menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat kelak.

Sejarah Islam telah membuktikan peri pentingnya masalah kepemimpinan ini setelah wafatnya Baginda Rasul SAW. Para sahabat telah memberi penekanan dan keutamaan dalam melantik pengganti beliau dalam memimpin umat Islam. Umat Islam tidak seharusnya dibiarkan tanpa pemimpin. Sayyidina Umar r.a pernah berkata, “Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepemimpinan dan tiada kepemimpinan tanpa taat”.

Betapa pentingnya pemimpin dan kepemimpinan ini perlu difahami dan dihayati oleh setiap umat Islam.

Seruan Pilihan Raya BKPPPM Sesi 2016/17

Sejajar dan sesuai dengan saranan Allah SWT dan Nabi-Nya Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah terpanggil dalam meneruskan agenda survival dan kelangsungan BKPPPM sebagai wadah kebajikan pelajar yang menaungi anak-anak Pulau Pinang di Mesir. Maka sebuah suruhanjaya telah dibentuk bagi mengendalikan segala proses kepimpinan BKPPPM bagi sesi 2017/18 yang akan datang dan akan melalui beberapa fasa.

Pengumuman Garis Masa Perjalanan Suruhanjaya Pilihan Raya

Tarikh-tarikh penting sepanjang operasi adalah seperti berikut :
  • 15 & 16 Oktober - Hari Pencalonan
  • 16 Oktober - Pengumuman Calon Kali Pertama
  • 17 Oktober - Hari Bantahan & Pengumuman Calon Kali Kedua
  • 18 Oktober - Majlis Taaruf Calon (MTC)
  • Mesyuarat Agung Tahunan BKPPPM ke-40 - Pengumuman Rasmi

Harapan Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya

Pihak kami memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala proses penukaran dan kenaikan sesi kepimpinan yang baru dan besarlah juga harapan kami kepada seluruh ahli BKPPPM khususnya dapat memberikan kerjasama yang terbaik agar perjalanan suruhanjaya kali ini dapat berjalan dengan lancar. Semoga seluruh ahli BKPPPM dapat melibatkan diri dan memeriahkan lagi pilihanraya pada sesi kali ini dan segalanya kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wallau ta’ala ‘alam.
Siiru ala barakatillah,

“Bersih, Amanah & Berintergriti”





Muhammad Nabil bin Nasir
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihan Raya,
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir

Sesi 2016/17


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL