PERUTUSAN HARI RAYA DARIPADA YDP BKPPPM
 
 Bismillah wal  hamdulillah, segala puji dan puja hanya layak bagi  Allah swt, selawat  dan salam buat junjungan mulia baginda Rasulullah  SAW, para sahabat dan  ahli keluarga baginda serta seluruh pejuang  Islam.  Firman allah swt : “ Dan   supaya kamu sempurnakan bilangan puasa Ramadhan dan supaya kamu   membesarkan allah kerana mendapat petunjuk-NYA, dan supaya kamu   bersyukur”. (surah Al-Baqarah: ayat 185)   Sahabat-sahabatku,               Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita pada kali ini, membawa ribuan nikmat dan peluang,    entah sempat atau tidak untuk menemui Ramadhan yang akan datang.   Hakikatnya, yang berlalu sudah pasti menjadi kenangan dan sejarah buat   kita. Namun, pemergian Ramadhan bukan sebagai garisan penamat bagi kita   selaku muslim untuk culas dan malas beribadah. Nabi SAW ada  menyebut  “ Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani, janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan ”.   Islam mengajar kita supaya ibadah yang kita laksanakan bukan hanya   terhenti bila bermu...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
