Posts

[TINTA MUTIARA | DUNIA TEMPAT BERPENAT]

Image
      Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.     Di era kontemporari ini, umat Islam kian hanyut dengan fitnah dan keseronokan dunia hingga terlupa akan hakikat kejadian manusia itu sendiri. Sedangkan maksud dan tujuan kehidupan manusia itu telahpun termaktub dengan sangat lengkap dalam kitab agung yang diwariskan kepada kita sejak 1400 tahun yang lalu. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 15: أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَٰكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ Mafhumnya: “ Maka apakah kamu menyangka bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu dengan main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”  Dan Allah SWT tegaskan lagi dalam surah al-Anbiya ayat 16: وَمَا خَلَقْنَا ٱلسَّمَآءَ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَٰعِبِينَ Mafhumnya: ...

[ TINTA MUTIARA | ILMU SEDEKAH PALING BARAKAH ]

Image
  Islam adalah agama yang menyeluruh hingga tiap-tiap perbuatan baik dikategorikan sebagai sedekah. Dan tiap-tiap sedekah yang dilakukan dengan ikhlas tentulah ganjarannya besar di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam : عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : كل سلامى من الناس عليه صدقة كل يوم تطلع فيه الشمس : تعدل بين اثنين صدقة ، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعه صدقة ، والكلمة الطيبة صدقة ، وبكل خطوة تمشيها الى الصلاة صدقة ، وتميط الأذى عن الطريق صدقة. (رواه البخاري ومسلم) Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Setiap persendian dari manusia itu ada sedekahnya pada setiap hari yang matahari terbit padanya. Berbuat adil antara dua orang adalah sedekah, menolong seseorang dalam urusan kenderaannya membantunya agar boleh menaiki kenderaannya atau engkau angkatkan barang–barangnya ke atas kenderaannya itu juga sedekah. Sebuah ucapan yang bai...

[TINTA MUTIARA | DOA SENJATA MUKMIN]

Image
  Doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam, di mana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT, setelah dilakukannya usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyuk dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dalam mengharapkan sesuatu dari Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ghafir pada ayat 6:   وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.   Doa juga adalah senjata yang ampuh bagi orang beriman, dan barangsiapa yang ingin meminta kepada Allah akan keperluannya hendaklah banyak berdoa, kerana Allah SWT ...

[ MINDA PIMPINAN | HAKIKAT KEMERDEKAAN DALAM ISLAM ]

Image
[ MINDA PIMPINAN | HAKIKAT KEMERDEKAAN DALAM ISLAM ]                            بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.  Saban tahun, pada tanggal 31 Ogos, hari kemerdekaan negara pasti akan diingati dan dirai seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Namun, disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang masih belum menghentikan amukannya, kemeriahannya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Pun demikian, ia tidak bermakna semangat patriotisme dan sambutannya tidak boleh diteruskan. Ia masih boleh dilakukan, dengan syarat sesuai dengan norma baharu kini. Definisi merdeka secara asasnya bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Menurut seorang tokoh Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam konteks Islam, kebebasan merujuk kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang...

[ MINDA PIMPINAN | KEBERKATAN BERJEMAAH ]

Image
[ MINDA PIMPINAN | KEBERKATAN BERJEMAAH ]                       أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَاعْتَصِمُوْا  بِحَبْلِ  اللّٰهِ  جَمِيْعًا  وَّلَا  تَفَرَّقُوْا   ۖ وَا ذْكُرُوْا  نِعْمَتَ  اللّٰهِ  عَلَيْكُمْ  اِذْ  كُنْتُمْ  اَعْدَآءً  فَاَ لَّفَ  بَيْنَ  قُلُوْبِكُمْ  فَاَصْبَحْتُمْ  بِنِعْمَتِهٖۤ  اِخْوَا نًا   ۚ وَكُنْتُمْ  عَلٰى  شَفَا  حُفْرَةٍ  مِّنَ  النَّارِ  فَاَنْقَذَكُمْ  مِّنْهَا   ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ  اللّٰهُ  لَـكُمْ  اٰيٰتِهٖ  لَعَلَّكُمْ  تَهْتَدُوْنَ “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat pet...

[ MINDA PIMPINAN | ADAB MENDAHULUI ILMU ]

Image
[ ADAB MENDAHULUI ILMU ] بسم الله الرحمن الرحيم، صَلَّى الله عليك والسلم يا رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini terdapat pelbagai jenis ilmu yang telah dibentangkan kepada masyarakat umum, ini membuktikan bahawasanya kita dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, tetapi alangkah sempurnanya jika disebalik sosok tubuh yang berilmu itu dilengkapi dengan adab dan tatasusila yang tinggi. Seperti kalam fuqaha yang berbunyi “Bahawasanya insan yang beradab darjatnya adalah lebih tinggi daripada yang banyak ilmunya”. Hal ini membuktikan bahawa sesiapa yang menjaga adabnya maka ia akan ditinggikan darjatnya kerana apabila seseorang inginkan satu ilmu maka ia mampu untuk “membelinya” tetapi tidak pula dengan adab yang harus dipupuk dari dalam jiwa seseorang insan itu tersendiri. Selain itu,kita juga boleh mengambil ikhtibar dari tingkah laku baginda S.A.W yang sangat mengutamakan adabnya setiap kali bermua...

[ MINDA PIMPINAN | SABAR DAN SYUKUR ]

Image
SABAR DAN SYUKUR Kehidupan manusia di dunia ini tentu tidak terlepas dari berbagai hal yang terjadi, baik itu yang disenangi mahupun tidak. Namun, seorang muslim yang sejati haruslah mengingati bahawa semua hal yang terjadi pada kehidupannya sudah ada dalam kehendak Allah, Sang Pengatur takdir manusia. Sehingga dengan menyedari bahawa semua hal yang terjadi pada hidup kita hakikatnya datang dari Allah SWT, dapat menanamkan sikap sabar dan syukur atas segala pemberian dari-Nya. ➡️ Pengertian Sabar dan Syukur Sabar berasal dari kata “Shabara-Yashburu-Shabaran”: iaitu ketundukan penerimaan apa-apa yang telah Allah berikan baik kesenangan atau kesedihan. Sedangkan syukur berasal dari kata al-syukur (الشكور) atau al-syukru (الشكر). Kata al-syukur merupakan isim mashdar yang berasal dari kata “Syakaro-Yasykuru-Syukron-Wasyukuron” kata ini terambil dari madah (ش ك ر) ertinya berterima kasih atau ucapan/pernyataan terima kasih. Imam Ibnu Qoyyim Al-jauziyah mendefinisikan sabar deng...