Posts

FACULTY `15 :- MENAMBAH THAQAFAH AHLI BKPPPM..

Image
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ,BKPPPM pada sesi ini telah menjayakan satu program iaitu minggu thaqafah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli serta mengeratkan hubungan silaturrahim. Firman Allah SWT dalam kitab-Nya yg mulia.. “Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…” (Surah Ali Imran : 103). Sesuai dengan firman Allah SWT, minggu thaqafah pada kali ini diberi nama FACULTY’15, Fiesta Conference Of Thaqofi yang bertemakan akidah ahli sunnah wal jamaah telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari bermula 16 ogos 2015 sehingga 20 ogos 2015 di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM. Program bermula pada 16 Ogos 2015 selepas isya’ dengan sesi pendaftaran dan dirasmikan oleh Penasihat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, ustaz Muhammad Zikri bin Mohamad Zaki. Banyak pengisian ilmiah telah disusun oleh pihak pelaksana, antaranya pada hari kedua 17 ogos diadakan kuliah haraki selepas sub...

HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM (HTS`15) : INI LANGKAHKU..!!

Image
  Ahad & Isnin, 2 & 3 Ogos, Program Hari Taklimat & Silaturrahim (HTS 15) di bawah Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru USMB telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang bertujuan meraikan kedatangan mahasiswa/wi baru ini telah dirasmikan oleh saudara Muhammad Zikri Bin Mohamad Zaki selaku penasihat BKPPPM 14/15. Selain itu, antara tujuan program ini diadakan termasuklah bagi memperkenalkan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) sebagai persatuan yang menjaga kebajikan mahasiswa/wi Pulau Pinang di Mesir. Program ini telah dijalankan selama dua hari bermula dari petang hari Ahad sehingga malam hari berikutnya. Segala bentuk pengisian dari segi ilmiah mahupun pengetahuan am telah dimuatkan didalam program ini untuk pengetahuan awal kepada mahasiswa/wi yang baru tiba. Antara pengisian yang dimuatkan termasuklah Forum Mahasiswa, Senat Fakulti, Diskusi Kutaib Daurul As-Shabab Fi Hamli Risalah Islam dan penerangan ringkas Bait Muslim dan HIS...

DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN..!!

Image
AHLAN WASAHLAN KE ARDIL KINANAH.. 23 JULAI 2015: Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) 2015 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menerima seramai 44 orang mahasiswa baru Pulau Pinang yang terdiri daripada 30 orang ikhwah serta 14 orang akhawat. Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi oleh Ustaz Rosli Bin Othman (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang(JAIPP)), Dr Haji Azman Bin Abdul Samat (Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang(ZPP)) serta Ustaz Khairul Aman Bin Bustaman (Pegawai Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang(JAIPP)) . Kedatangan mereka disambut meriah oleh wakil dari BKPPPM.         Juga diadakan majlis ramah mesra bersama delegasi dan rumah terbuka kepada ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) pada tarikh 24 Julai 2015. Pada majlis tersebut segala pertanyaan dan kemusykilan di jawab oleh pihak...

SIMFONI DI AIDILFITRI (SELFIE `15) MENCERIAKAN SUASANA AIDILFITRI DI PERANTAUAN

Image
LAPORAN PROGRAM SELFIE ’15 ( SIMFONI DI AIDILFITRI )  Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM ) telah menganjurkan program hari raya Aidilfitri di bumi Mesir ini dan program tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan di beri nama “ Simfoni di Aidilfitri “ ( Selfie ’15 ) dan bertemakan “ Ramadhan Bertaqwa, Syawal Bermakna ” yang telah berlangsung di sutuh BKPPPM pada 17 Julai 2015 sehingga 19 Julai 2015 selama tiga hari berturut-turut. Persiapan program telah diadakan dua hari sebelum iaitu pada hari Rabu 15 Julai dan Khamis 16 Julai 2015. Antara objektif program raya pada tahun ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM dan menghubungkan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwah Islamiyah di kalangan ahli. Rabu 15 Julai jam 10.00 malam diadakan acara gotong-royong di sutuh bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat di syaqqah masing-masing. Khamis 16 Julai jam 4.00 petang, program diteruskan dengan acara gotong-royong membersihkan kaw...

ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

Image
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 14 JULAI 2015 ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut : 1. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menafikan berlaku penipuan sebagaimana yang dilaporkan sepanjang pengurusan BKAN kepada pelajar-pelajar baru ke Mesir setiap tahun. Pengurusan yang dilaksanakan di peringkat BKAN berjalan dengan telus dan dipantau dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua BKAN.­­ 2. BKAN m...

PEMBURUAN LAILATUL QADAR BERMULA..!!

Image
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3) Lailatul Qadar atau malam Al-Qadar diberi nama tersebut kerana kebesaran dan kemuliaan qadar atau kedudukan malam itu di sisi Allah SWT disebabkan banyaknya dosa-dosa kesalahan manusia yang diampuniNya pada malam itu. Sabda Nabi Muhammad SAW: ”Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan penuh tulus ikhlas semata-mata mengharapkan ganjaran Allah, maka diampuni Allah akan dosa-dosanya.” Kelebihan Lailatul Qadar digandakan Allah SWT segala amalan dan ibadah di dalamnya lebih dari seribu bulan. Bila malam Lailatul Qadar turun? Bila waktunya yang tepat? Pertanyaan tersebut, tidak mampu menemukan jawapan yang pasti mengenai bila turunnya Lailatul Qadar itu. Hadis daripada Jabir, Nabi Muhammad SAW...

PURE LOVE..!!

Image
“Keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan seseorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan..” Keyakinan dan rasa kasih kepada-Nya merupakan tunjang sesebuah kebahagiaan jua keberkatan yang diperoleh dalam kehidupan. Cintakan Tuhan bermakna mencintai Kekasih yang dikasih dan dirindu, Kekasih yang menyalakan sinar keimanan dan ketaqwaan yang berlayar ke samudera syifak (penawar) dalam hati. Akan tetapi janganlah kerana terlalu mencari kekasih sehingga menduakan cinta-Nya iaitu cinta yang tidak berdasarkan reda-Nya kerana apabila cinta berkuasa, diri menjadi bingung, gundah-gulana, resah melanda. Banyak urusan tergendala. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan andai orang mengetahui tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran.  Dari itu, ke mana perginya ?? Cintakan Tuhan ? Cinta kepada bunga, ia akan LAYU Cinta kepada ma...