Posts

Erti sebenar Ramadhan dan Aidil Fitri

Image
Puasa adalah ujian. Bukan sekadar ujian jasmani seperti menahan lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkannya. Ia juga ujian rohani. Bagaimana menahan sabar, bagaimana menahan marah, bagaimana menahan diri untuk perkara-perkara yang amat disukai oleh nafsu seperti mengumpat dan mendengar umpatan, bagaimana mengekalkan rasa syukur dan redha dengan apa yang ada, bagaimana untuk tidak membazir dengan pembelian yang tidak perlu. Apatah lagi pada musim perayaan ini, berbagai-bagai tawaran disediakan. من قام رمضان إيمانا وإحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ".. Barangsiapa yang membangunkan yakni qiyam pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan ganjaran Allah SWT akan diampunkan dosanya terdahulu.. " Kita sedang berada di penghujung Ramadan pada kali ini. Peluang 10 malam terakhir Ramadan yang memiliki banyak kelebihan dan janji ganjaran habuan yang amat istimewa daripada Allah khasnya satu malamnya terdapat Lailatul Qadar iaitu malam seribu bulan past...

Indahnya Malam Lailatul Qadar

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قال رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي.. أما بعد      Hari ini adalah hari ke dua puluh bulan Ramadhan 1438 H. Di mana malam tadi bermulanya sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.      Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat serba sedikit berkaitan Indahnya Malam Lailatul Qadar. Semoga bermanfaat dan dapat kita meraihnya demi mengharap redha dan cinta-Nya. Amiin..      Sayangnya, kita banyak disibukkan dengan persiapan lebaran. Saf-saf di masjid pun semakin lama semakin surut kerana segelintir daripada kita berbondong-bondong pergi ke mall , pasar, pusat perbelanjaan, membeli berbagai kelengkapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Masih ada diantara kita yang terleka dengan dunia ...

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN)

Image
Menyingkap Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته       Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.         Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perk...

Puasa Ramadhan

Image
Puasa Ramadhan merupakan puasa yang diwajibkan bagi umat muslim di seluruh dunia untuk melaksanakannya. Puasa Ramadhan dalam perjalanan sejarahnya cukup menarik jika dikaji lebih mendalam. Berbagai pertanyaan mungkin saja pernah terlintas di benak anda tentang bilakah ibadah Puasa Ramadhan mula disyariatkan? Bagaimana puasa yang dilakukan umat islam pertama kali? Apa yang membezakan puasa islam dengan agama ahli kitab? Atau mungkin pertanyaan lain yang berkenaan dengan puasa, berikut penjelasannya. Sejarah Puasa Ramadhan pertama kali disyariatkan : Puasa Ramadhan mula disyariatkan pada tanggal 10 Sya`ban tahun kedua Hijrah satu setengah tahun setelah umat islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, setelah umat islam diperintahkan untuk memindahkan kiblatnya dari masjid Al- Aqsa ke Masjidil Haram. Perintah puasa ramadhan ini didasari dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Daripada ayat tersebut dapat difahami bahawa puasa telah dilakukan sebelum masa kerasul...

LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH

Image
  LAPORAN JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat,ayat 53) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah  (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB) telah menganjurkan Jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat Mahasiswa/i baru BKPPPM. Jaulah maqam sekitar Kaherah telah diadakan pada hari Sabtu, 6 Mei 2017 buat akhawat dan 13 Mei 2017 untuk ikhwah, peserta disebelah akhawat seramai 26 orang serta diiringi tiga orang musyrif, manakala peserta ikhwah seramai 30 orang. Jaulah maqam bermula seawal jam 7.00 pagi dengan menaiki tremco. Musyrif membawa peserta menziarahi dan melawat maqam-maqam para ahli bait Rasulu...

LAPORAN JAULAH KAHERAH

Image
  LAPORAN JAULAH KAHERAH Kaherah -  Sabtu, 5 Mei 2017 yang lalu (ikhwah)  dan 13 Mei 2017 (akhawat), di bawah Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) BKPPPM telah menganjurkan jaulah sekitar Kaherah khusus untuk mahasiswa/i baru BKPPPM sesi 2017/18. Dengan bilangan peserta ikhwah seramai 30 orang dan peserta akhawat seramai 26 orang ditemani empat orang musyrif, kami telah berkumpul seawal 7 pagi dan mula bertolak kira-kira jam 7.30 pagi dengan menaiki teramco , tempat destinasi pertama yang kami lawati iaitu kubur Anwar Sadat merupakan Presiden ke 3 yang telah ditembak mati semasa perarakan bagi mengingati peristiwa kejayaan menawan Semenanjung Sinai di kompleks 6 Oktober Kaherah. Destinasi seterusnya ialah Giza yang terdapat tiga piramid yang namanya: Piramid Khufu (piramid yang terbesar dan tertua, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure, dan kami juga melihat kepala singa yang namanya Abuhul atau Sphyx. ...

Ramadhan Yang Dirindui

Image
  لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته     الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم، رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. أما بعد   يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” Marhaban berasal dari perkataan ‘rahb’ yang bererti luas atau lapang. Ia menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada serta penuh kegembiraan. Marhaban Ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan tanpa ada apa-apa keluhan di dalam hati kita. Kurang daripada dua minggu lagi, Ramadan bakal bertandang de...