Posts

Senarai Nama Penerbangan Ke Mesir pada 1 April 2011

Image
Makluman kepada pelajar-pelajar yang membuat tempahan tiket penerbangan ke Mesir melalui wakil persatuan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), penerbangan pertama ialah pada hari Jumaat, 1 April 2011 Jam 3.00 pagi melalui penerbangan Kuwait. Semua pelajar yang namanya ada dalam senarai dibawah diminta berkumpul pada hari Khamis, 31 Mac 2011, jam 2 petang di Masjid Jamik Seberang Jaya Pulau Pinang. Insyallah, semua pelajar akan bergerak ke KLIA dengan menggunakan bas yang disediakan oleh pihak persatuan. Sebagai peringatan, berat maksimum bagi beg kargo hanyalah 35KG sahaja, diminta semua pihak mematuhi had maksimum tersebut supaya segala urusan berjalan dengan lancar. Sesiapa yang ingin bertolak ke KLIA menggunakan pengangutan persendirian, hendaklak memaklumkan kepada saudara Mohamad Hafiz Abdul Aziz (0134016892) Berikut adalah senarai nama penerbangan 1 April 2011 : BIL NAMA NO PASPORT 1 INTAN SYAHIRAH BT SUDI...

Pertemuan Wakil BKPPPM Bersama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

Image
KOMTAR, 11 Mac - Satu perjumpaan dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dato' Mansor bin Haji Othman , telah diadakan bersama wakil Persatuan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) pada 9 Mac 2011 pada pukul 12 tengah hari di tingkat 52 Komtar pejabat Dato' Mansor . Wakil BKPPPM yang terlibat diketuai oleh Yang Dipertua, saudara Mohamad Helmi bin Md Yusof bersama beberapa anggota majlis tertinggi (MT) serta dua orang penasihat ikhwah dan akhwat. Beberapa agenda sempat dibincangkan bersama Dato` TKM. Antaranya masalah penempatan pelajar BKPPPM di Mesir dan harga sewa rumah luar, penglibatan ahli dalam persatuan BKPPPM, bantuan kepada pelajar yang tidak lulus dan tambahan bantuan pendidikan kepada pelajar yang lulus, serta rombongan kerajaan negeri pulau Pinang ke Mesir. Di akhir pertemuan, Yang dipertua mengucapkan jutaan teriam kasih kepada dato` TKM dan Kerajaaan Negeri Pulau Pinang yang begitu prihatin terhadap anak-anak Pulau pinang yang belajar di ...

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Image
Badan kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang menghulurkan sumbangan duit tiket penerbangan RM2000 kepada pelajar-pelajar Pulau Pinang yang menuntut di Republik Arab Mesir yang di bawa pulang ke Malaysia pada Februari yang lalu melalui Ops Piramid akibat rusuhan yang berlaku di negara tersebut. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri Dato` Mansor bin Othman di Dewan Sri Pinang Pulau Pinang pada 2 Mac yang lalu. Sumbangan yang diberikan itu sememangnya meringankan bebanan pelajar untuk menyambung semula pelajaran yang tergendala serta memberi kekuatan mental dan semangat yang kental untuk meneruskan pengajian serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Aktiviti Hari Keluarga BKPPPM di Pulau Pangkor

Image
Jom sertai Hari Keluarga BKPPPM di Pulau Pnagkor ,Perak Darul Redhwan pada Khamis dan Jumaat ini, berkumpul di Masjid Seberang Jaya jam 7.30 pagi untuk pendaftaran. Banyak aktiviti menarik menanti anda, antaranya sukan air, tuju kasut, bola tampar, galah panjang, tarik tali dan pelbagai lagi. Jom sertai dengan mendaftarkan diri kepada saudara Azwan bin Azman (0195679667) dan saudari Siti Mastura Binti Muhammad ( 0195999492)

VISA YANG SUDAH TAMAT SAHAJA YANG PERLU DIPERBAHARUI

Image
KEPALA BATAS, 7 Mac 2011 - Maklumat terkini daripada wakil kedutaan besar Mesir di Malaysia menyatakan visa yang sudah tamat tempoh sahaja yang perlu diperbaharui, manakala yang visa belum tamat sebelum tarikh jangkaan tiba di Mesir, tidak perlu memperbaharui visa. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang belum memperbaharui visa, hendaklah berbuat demikian (perbaharui visa) dengan secepat mungkin bagi mengelak berlakunya sebarang kesulitan di masa akan datang. bagi yang mebuat tempahan tiket dengan pihak BKPPPM, anda boleh memperbaharui visa dengan wakil BKPPPM yang dilantik dengan membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut: 1) pasport yang masih hidup 2) salinan muka hadapan (yang ada gambar) pasport 3) salinan visa yang terakhir 4) gambar 2 keping berlatar belakang putih 5) kad pelajar (kerneh) yang asal serta salinan 6) RM100 (termasuk wang pengurusan) Pelajar yang belum membuat tempahan tiket juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi agen yan dilantik BKPPPM iaitu Mohamad H...

Makluman Terbaru Tempahan Tiket BKPPPM

Image
Pulau Pinang , 4 Mac -Makluman kepada semua ahli, bahawa tempahan tiket penerbangan dari Lapangan Terbang KLIA ke Mesir yang diuruskan di bawah kendalian BKPPPM adalah berjumlah RM 1650 dan tarikh jangkaan untuk bertolak ke Mesir adalah antara 1 April sehingga 10 April 2011. Sehubungan dengan itu, pihak BKPPPM menasihatkan supaya semua ahli sentiasa dalam keadaan bersedia sebelum tibanya tarikh jangkaan tersebut. Bagi sesiapa yang membuat tempahan tiket penerbangan melalui wakil BKPPPM, kita akan berusaha menyediakan bas untuk pengangkutan daripada Pulau Pinang ke KLIA, dan pihak BKPPPM akan menguruskan pembaharuan visa anda dan juga akan menyambut semua rombongan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir. Diantara keistimewaan tempahan tiket dengan BKPPPM, jumlah berat barangan yang boleh dibawa adalah sebanyak 35KG. Justeru itu, mana-mana pihak yang ingin memperbaharui visa, perlu menghubungi saudara Muhammad Hafiz bin Abdul Aziz 0134016892 dan membawa dokumen tersebut : ...

Hari Keluarga BKPPPM di Pulau Pangkor, Jom Sertai.

Image
BUKIT MERTAJAM , 3 Mac - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir akan menganjurkan program hari keluarga di Malaysia. Program tersebut akan diadakan selama dua hari satu malam bertempat di Pulau Pangkor, Perak Darul Redzwan pada tarikh 10 dan 11 Mac 2011 bersamaan hari Khamis dan Jumaat. Program tersebut terbuka kepada semua pelajar yang masih menuntut di Republik Arab Mesir sama ada pengajian Islam mahupun perubatan. Untuk pendaftaran, anda boleh menghubungi Pengarah program, saudara Azwan bin Azman 0195679667 dan Timbalan Pengarah saudari Siti Mastura binti Muhammad 0195999492. Pendaftaran hanya terhad kepada 150 orang yang terawal dan tarikh tutup penyertaan pada 6 Mac 2011 (Ahad) . Untuk makluman sahabat-sahabat, BKPPPM hanya mengenakan bayaran sebanyak RM50 untuk program ini. Justeru itu, BKPPPM berharap semua ahli boleh menyertai program hari keluarga ini tanpa melihat kepada kos dan bayaran. Program ini adalah anjuran bersama antara BKPPPM, Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabat...