Hari Keluarga BKPPPM di Pulau Pangkor, Jom Sertai.


BUKIT MERTAJAM, 3 Mac - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir akan menganjurkan program hari keluarga di Malaysia. Program tersebut akan diadakan selama dua hari satu malam bertempat di Pulau Pangkor, Perak Darul Redzwan pada tarikh 10 dan 11 Mac 2011 bersamaan hari Khamis dan Jumaat.

Program tersebut terbuka kepada semua pelajar yang masih menuntut di Republik Arab Mesir sama ada pengajian Islam mahupun perubatan. Untuk pendaftaran, anda boleh menghubungi Pengarah program, saudara Azwan bin Azman 0195679667 dan Timbalan Pengarah saudari Siti Mastura binti Muhammad 0195999492.

Pendaftaran hanya terhad kepada 150 orang yang terawal dan tarikh tutup penyertaan pada 6 Mac 2011 (Ahad) . Untuk makluman sahabat-sahabat, BKPPPM hanya mengenakan bayaran sebanyak RM50 untuk program ini. Justeru itu, BKPPPM berharap semua ahli boleh menyertai program hari keluarga ini tanpa melihat kepada kos dan bayaran.

Program ini adalah anjuran bersama antara BKPPPM, Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang JHEAINPP. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai program hari keluarga ini, pihak BKPPPM akan menghebahkan makluman program ini dari semasa ke semasa melalui blog, Facebook ( Bkan Penang) dan Yahoo Messenger (bkpppm_penang).

Kami memohon kerjasama daripada ahli untuk menghebahkan makluman mengenai program ini kepada rakan-rakan yang lain supaya program hari keluarga ini lebih meriah dan bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL