PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG


Badan kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang menghulurkan sumbangan duit tiket penerbangan RM2000 kepada pelajar-pelajar Pulau Pinang yang menuntut di Republik Arab Mesir yang di bawa pulang ke Malaysia pada Februari yang lalu melalui Ops Piramid akibat rusuhan yang berlaku di negara tersebut.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri Dato` Mansor bin Othman di Dewan Sri Pinang Pulau Pinang pada 2 Mac yang lalu.

Sumbangan yang diberikan itu sememangnya meringankan bebanan pelajar untuk menyambung semula pelajaran yang tergendala serta memberi kekuatan mental dan semangat yang kental untuk meneruskan pengajian serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963