Makluman Terbaru Tempahan Tiket BKPPPM


Pulau Pinang, 4 Mac -Makluman kepada semua ahli, bahawa tempahan tiket penerbangan dari Lapangan Terbang KLIA ke Mesir yang diuruskan di bawah kendalian BKPPPM adalah berjumlah RM 1650 dan tarikh jangkaan untuk bertolak ke Mesir adalah antara 1 April sehingga 10 April 2011.

Sehubungan dengan itu, pihak BKPPPM menasihatkan supaya semua ahli sentiasa dalam keadaan bersedia sebelum tibanya tarikh jangkaan tersebut.

Bagi sesiapa yang membuat tempahan tiket penerbangan melalui wakil BKPPPM, kita akan berusaha menyediakan bas untuk pengangkutan daripada Pulau Pinang ke KLIA, dan pihak BKPPPM akan menguruskan pembaharuan visa anda dan juga akan menyambut semua rombongan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir. Diantara keistimewaan tempahan tiket dengan BKPPPM, jumlah berat barangan yang boleh dibawa adalah sebanyak 35KG.

Justeru itu, mana-mana pihak yang ingin memperbaharui visa, perlu menghubungi saudara Muhammad Hafiz bin Abdul Aziz 0134016892 dan membawa dokumen tersebut :
1) pasport yang masih hidup
2) salinan muka hadapan (yang ada gambar) pasport
3) salinan visa yang terakhir
4) gambar 2 keping berlatar belakang putih
5) kad pelajar (kerneh) yang asal serta salinan
6) RM100 (termasuk wang pengurusan)

BKPPPM juga mengingatkan ahli supaya segera membuat tempahan sebelum tarikh tutup membuat tempahan iaitu 6 Mac (Ahad) dan sentiasa berhati-hati ketika membuat tempahan supaya tidak berlaku kesilapan ketika membuat tempahan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL