Pertemuan Wakil BKPPPM Bersama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang



KOMTAR, 11 Mac - Satu perjumpaan dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dato' Mansor bin Haji Othman , telah diadakan bersama wakil Persatuan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) pada 9 Mac 2011 pada pukul 12 tengah hari di tingkat 52 Komtar pejabat Dato' Mansor .

Wakil BKPPPM yang terlibat diketuai oleh Yang Dipertua, saudara Mohamad Helmi bin Md Yusof bersama beberapa anggota majlis tertinggi (MT) serta dua orang penasihat ikhwah dan akhwat.

Beberapa agenda sempat dibincangkan bersama Dato` TKM. Antaranya masalah penempatan pelajar BKPPPM di Mesir dan harga sewa rumah luar, penglibatan ahli dalam persatuan BKPPPM, bantuan kepada pelajar yang tidak lulus dan tambahan bantuan pendidikan kepada pelajar yang lulus, serta rombongan kerajaan negeri pulau Pinang ke Mesir.

Di akhir pertemuan, Yang dipertua mengucapkan jutaan teriam kasih kepada dato` TKM dan Kerajaaan Negeri Pulau Pinang yang begitu prihatin terhadap anak-anak Pulau pinang yang belajar di Mesir terutamanya sikap kerajaan negeri yang membantu meringankan beban pelajar-pelajar dengan memberi Sumbangan sebanyak RM 2000 untuk duit tiket penerbangan ke Mesir.

Yang Dipertua juga berharap agar kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak akan terus bertambah baik dan tidak terhenti disini. Sebelum berakhirnya perjumpaan tersebut, Yang Dipertua mewakili BKPPPM menyampaikan plat cenderahati kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dato' Mansor bin Haji Othman sebagai kenang-kenangan dan perjumpaan tersebut berkahir kira-kira pukul 1.15 petang.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963