PMRAM Dan EME Komited Selesaikan Isu Markaz Bahasa



KAHERAH, 18 Dis 2012 - Satu pertemuan telah diadakan antara PMRAM dan Education Malaysia Egypt ( EME) untuk membincangkan perkarayang berkaitan dengan pengurusan akademik pelajar Malaysia di Mesir semalam.

Seperti kenyataan yang telah dikeluarkan PMRAM berkenaan dengan tindakan dan usaha PMRAMdalam mengatasi masalah pengurusan pelajar Markaz Bahasa , Universiti Al-Azhar sesi 2012/2013.

Justeru langkah yang diambil PMRAM dengan mengaturkan pertemuan ini sebagai satu pendekatanperbincangan dua hala antara PMRAM dan EME . Pertemuan tersebut dihadiri oleh wakilkepimpinan PMRAM dan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ) .

Antara Badan Pengurus yang hadir , Pemangku Presiden Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidimerangkap Ketua Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM , Setiausaha Agung Saudara Nor HalisSyafiq Ahmad , Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa Saudara Abdul Nafiq Taqiuydinbin Roslan dan Ketua Badan Ekonomi Saudara Ahmad bin Jaafar.

Manakala mewakil BKAN adalah Saudara Mohd Bazli bin Zakaria Yang Dipertua PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan, Saudara Mohd Mukhlis binHasin Yang Dipertua PMRAM Cawangan Kelantan dan Saudara Mohd Mun'im bin Rahmat Yang Dipertua PMRAM Cawangan Selangor.

Perbincangan yang bermula sekitar jam 10 pagi tersebut disertai oleh wakil EME Dato' Prof Madya Hj Suaidi bin Dato' Hj Shafie selaku PengarahEducation Malaysia Egypt dan Encik Zulkifli bin Din Pegawai Atase Pentadbiran , Kewangan dan Pembangunan Insan EME bertempat di PejabatEducation Egypt , Mohandiseen.

Lebih tertumpu kepada isu berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar Markaz Bahasa seperti jumlah bayaran yuran, makluman pembayaranyang bersifat segera dan beberapa masalah pengurusan telah diperbincangkan bersama kedua-dua pihak agar mendapat gambaran cara untukmengatasi masalah yang berlaku.

Kerjasama yang baik sepanjang perbincangan menjadikan PMRAM dan EME sangat komited untuk membantu pelajar menangani isu ini. Antaratindakan yang telah disepakati adalah pihak PMRAM melalui maklumat daripada setiap Exco Pendidikan BKAN akan menyerahkan senarai namapelajar yang layak mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar kepada pihak EME untuk diuruskan seberapa segera sebelum peperiksaan SemesterPertama bermula.

Pihak EME pula akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Markaz Bahasa dan Universiti Al-Azhar untuk semua pelajar yang layak mengikutikuliah akan menduduki peperiksaan yang bakal tiba.

" PMRAM sentiasa bersedia bekerjasama dengan EME dalam menyelesaikan permasalahan pelajar dan PMRAM yakin EME mampu melaksanakantugas dan fungsinya sebaik yang mungkin " ujar Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi ketika dihubungi seusai pertemuan tersebut.

" Terima kasih atas kesudian PMRAM yang sudi mengadakan pertemuan seperti ini demi memastikan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia terutamadaripada aspek akademik. EME sangat berbesar hati dengan perjumpaan ini semoga ianya dapat menatijahkan satu hasil yang terbaik untuk kebaikansemua " antara pesanan Dato' Prof Madya Hj Suaidi bin Dato' Hj Shafie di akhir pertemuan tersebut .

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL