SOMALIA: PESAWAT DRONE AS BUNUH 78 ORANG

Somalia - TV Press melaporkan, sebuah pesawat tanpa pemandu AS (UAV) telah menyerang dan membunuh sekurang-sekurangnya 78 orang dan mencederakan 64 yang lain di selatan Somalia.

Wartawan TV Press melaporkan serangan pada Jumaat (14/10) berlaku di selatan Somalia berhampiran bandar Qooqani.

Dalam insiden yang berbeza pada Jumaat, 11 orang awam terbunuh manakala 34 yang lain cedera di daerah Hoosingow selatan negara Somalia akibat serangan oleh pesawat tanpa pemandu AS (UAV).

Somalia merupakan negara ke-6 yang mana ketenteraan AS melakukan serangan dan serbuan menggunakan pesawat tanpa pemandu.

AS telah menggunakan pesawat tanpa pemandu di Afganistan, Pakistan, Libya, Iraq dan Yaman untuk melakukan pengeboman dari udara.

Pentagon mensasarkan serangan udara mereka kepada para pemberontak atau militan, tapi kebanyakan serangan mereka mengakibatkan kematian yang ramai dikalangan orang awam.

Sumber : We Care For Islam

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL