JASAD KAKU MU'TASIM GHADAFY DI RUMAHNYA MISRATA

MISRATA - Menurut sumber, jasad anak Muammar Ghadafy, Mu'tasim diletakkan di
rumah persendirian pada malam Khamis di bandar Misrata. Kemudiannya penduduk bandar tersebut mengelilingi jasad tersebut dan bersesakan mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit mereka.

Agensi Reuters melaporkan: Jasad tersebut diletakkan di atas tanah dengan dilapik helaian kertas dan ditutupi dengan penutup plastik biru, bahagian atas badan telanjang dan terdapat luka di dada dan leher jasad tersebut.

Jasad tersebut diletakkan di bandar yang mempunyai ramai populasi dan mereka mengambil gambar dengan telefon bimbit mereka, seseorang berkata, "Ini adalah saat akhir kekejaman diktator Ghadafy."

Agensi TV mendatangi kerajaan baru Libya dan menyiarkan Khamis, memaparkan secara dekat mayat Mu'tasim Ghadafy terbaring kaku di atas pengusung untuk dibawa ke hospital seperti mana beliau dijumpai.

Menteri Penerangan kerajaan melaporkan bahawa Mu'tasim meninggal dunia dan sebelum ini beliau bersembunyi bersama bapanya di Sirte.

Seorang pegawai kanan tentera Majlis kebangsaan telah mengesahkan bahawa pejuang NTC juga membunuh Mu'tasim apabila beliau cuba untuk menentang.

Para pemberontak mungkin telah memindahkan mayat dari bandar Sirte, tempat Ghadafy terbunuh, salah satu kawasan perumahan barat bandar Misrata, Libya. Jurucakap Majlis Peralihan Libya melaporkan Ghadafy dan anaknya terbunuh pada Khamis di Sirte selepas beliau ditemui di dalam parit.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963