IMTIHAN QABUL : BKPPPM menganjurkan Kelas Intensif Bahasa Arab Kepada Mahasiswa Baru

Pihak BKPPPM melalui Biro dan Unit Pendidikan telah mengadakan kelas intensif bahasa Arab bagi membantu calon-calon yang akan menghadapi imtihan qabul bagi memasuki universiti Al-Azhar bagi tahun pengajian 2011/2011.

Kelas yang berlangsung pada setiap pagi bermula jam 9.30 pagi di dewan Soleh Al-Masri dihadiri oleh semua mahasiswa baru pengajian Islam yang jumlahnya seramai 23 orang dan turut juga dihadiri oleh 6 orang mahasiswa baru Melaka.

Bentuk-bentuk pendedahan yang diberikan antaranya modul-modul soalan peperiksaan yang lepas disamping mereka diberikan penekanan mengenai kaedah-kaedah Nahu.

"Pihak BKPPPM berharap agar semua mahasiswa baru bersungguh-sungguh dalam menghadapi Imtihan Qabul dan membuat persediaan yang secukupnya, kami sentiasa mendoakan kejayaan semua ahli "Jelas Saudara Muhammad Zikri bin Mohamad Zaki, Pemangku Biro Pendidikan BKPPPM sesi 2010/11.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963