3 TERKORBAN, 1093 CEDERA

Kaherah: Sekurang-kurangnya 3 terkorban manakala lebih daripada 1000 cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan yang cuba memecah masuk ke dalam Kedutaan Israel di Kaherah Jumaat semalam.

Sabtu (10/9), Timbalan Menteri Kesihatan Hamid Abaza melaporkan seorang dari penunjuk perasaan mati akibat serangan jantung.

Abaza mengumumkan 2 lagi yang terkorban tidak diketahui punca kematiannya. Beliau berkata sekurang-kurangnya 1093 orang cedera dalam pertempuran itu. Tetapi hanya 38 orang yang dimasukkan ke hospital.

Penunjuk perasaan melempar batu ke arah polis dan tentera. Manakala pasukan keselamatan bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata dan tembakan ke udara.

Sebelum itu, penunjuk perasaan memanjat dinding keselamatan luar Kompleks Kedutaan Israel di Kaherah. Kemudian mereka menyerbu pejabat Israel di dalamnya.
Sumber: http://map2care.blogspot.com
Sumber disunting: Kompas.com

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL