Majlis Peramian Ihya` Ramadhan 2011



KAHERAH, 31 Julai – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sekali lagi mencatat sejarah bahawa pada tahun ini berjaya menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan 2011 seperti kebiasaan pada tahun-tahun lepas.Konsep Program Ihya’ Ramadhan pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Pada tahun ini,pemerkasaan aktiviti-aktiviti yang baru dari kebiasaan dirancang untuk menghidupkan lagi biah solehah terutamanya pada bulan Ramadhan.Program ini dimulakan dengan Majlis Perasmian yang dirasmikan oleh Badan Pengurus (BP) Angkat PMRAM Cawangan Pulau Pinang,Ustaz Ahmad Danial Bin Mohd Hassan.Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustazah Kamilah Binti Che Sazali,HEWI Angkat PMRAM Cawangan Pulau Pinang.

Seperti tradisi,majlis disempurnakan dengan pelancaran gimik sebagai tanda bermulanya program Ihya Ramadhan pada tahun ini.Majlis ditutup dengan sedikit tayangan video tentang keberadaaan kita dalam mengendalikan barangan halal,haram dan syubhah dalam kehidupan seharian dan bagaimanakah kita untuk mengatasi masalah tersebut terutamanya dalam bulan Ramadhan ini.

Tambahan pula,buat julung-julung kalinya,barisan ad-hoc perlaksana yang mengendalikan program pada tahun ini diserahkan kepada pelapis-pelapis baru dan mereka diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengendalikan program mega ini selama sebulan sehingga program ini tamat pada hujung Ramadhan ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL