PMRAM, Rabitah Al-Azhar Sepakat

waag el-azhar.jpgKAHERAH, 28 Mac - Suatu perjumpaan antara wakil pelajar-pelajar Asia Tenggara dan pihak Rabitah Al-Azhar telah diadakan bagi membincangkan isu sekitar Universiti Al-Azhar.

Pihak PMRAM telah diwakili oleh Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Setiausaha Agung, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan.

Perjumpaan yang diadakan pada jam 11.30 tengahari di bangunan Rabitah Al-Azhar tersebut telah membincangkan isu Universiti Al-Azhar dan permasalahan yang berlaku sekarang.

Antara punca utama permasalah yang berlaku apabila terdapat anasir-anasir yang cuba untuk memburukkan imej Al-Azhar sebagai medan ilmu di dunia.

Wakil pihak Rabitah Al-Azhar, Ustazah Yasmeen berkata, pihak beliau dalam usaha mengadakan suatu perjumpaan antara pelajar-pelajar Asia Tenggara dengan Syeikhul Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib dalam sama-sama mempertahankan Al-Azhar. Sebarang makluman mengenai perjumpaan tersebut akan dimaklumkan melalui persatuan pelajar.

"Selaku mahasiswa/wi Islam yang menuntut pengajian di Universiti Al-Azhar, menjadi kewajipan kita bersama dalam mempertahankan imej baik Al-Azhar. Bahkan kita mesti tahu bahawa Al-Azhar itu membawa Islam dalam penyampaian ilmunya sejak 1000 tahun dahulu," ujar Pemangku Presiden.

Di akhir pertemuan tersebut, pihak Rabitah Al-Azhar mengucapkan terima kasih kepada semua wakil persatuan yang hadir dan berharap agar usaha murni tersebut mendapat kerjasama yang baik.

Comments

Unknown said…
Assalamuailkum YM Dr. Ustaz/pelajar,

Aku ada terbaca blog kajian al-qu'ran yang agak membuka minda http://kajian-quran.blogspot.com/ pengarang cakap Allah SWT sendiri mengatakan Al-Quran adalah makhluq.

Benarkah ayat Az-zukruf-3 Allah kata Al-Quran itu makhluk sebab Dia yang menjadikan Al-Qur'an? Benarkah ayat Al-Buruj-22 Allah kata Qur'an memerlukan ruang dan tempat (di Luf-Mahfuz)? Allah perlukan ruang atau bagaimana? Benarkah Qu'ran perlu dijaga sepertimana ayat Alhijr-9?

Aku lagi menonton perbahasan orang2 alim tentang hal Qur'an tuhan atau makhluk, tapi gak ada yang bahas ayat-ayat ini, bagaimana itu. Org2 alim gak tau ada ayat2 ini atau sengaja disorokkannya?

adakah ayat-ayat ini dari kitab qur'an? atau lebih baik kita kembali kepada hadith-hadith sahaja?

blog ini juga cakap ayt tentang mutashabihat dan matashabahaminhu, aku mohon perjelasan dari guru, ustaz, para pelajar bijak pandai sekalian

salam.

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL