PMRAM, Rabitah Al-Azhar Sepakat
KAHERAH, 28 Mac - Suatu perjumpaan antara wakil pelajar-pelajar Asia Tenggara dan pihak Rabitah Al-Azhar telah diadakan bagi membincangkan isu sekitar Universiti Al-Azhar. Pihak PMRAM telah diwakili oleh Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Setiausaha Agung, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan. Perjumpaan yang diadakan pada jam 11.30 tengahari di bangunan Rabitah Al-Azhar tersebut telah membincangkan isu Universiti Al-Azhar dan permasalahan yang berlaku sekarang. Antara punca utama permasalah yang berlaku apabila terdapat anasir-anasir yang cuba untuk memburukkan imej Al-Azhar sebagai medan ilmu di dunia. Wakil pihak Rabitah Al-Azhar, Ustazah Yasmeen berkata, pihak beliau dalam usaha mengadakan suatu perjumpaan antara pelajar-pelajar Asia Tenggara dengan Syeikhul Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib dalam sama-sama mempertahankan Al-Azhar. Sebarang makluman mengenai perjumpaan tersebut akan dimaklumkan melalui persatuan pelajar. "Selaku mahasiswa/wi Islam yang menuntut pengajian di Universiti Al-Azhar, menjadi kewajipan kita bersama dalam mempertahankan imej baik Al-Azhar. Bahkan kita mesti tahu bahawa Al-Azhar itu membawa Islam dalam penyampaian ilmunya sejak 1000 tahun dahulu," ujar Pemangku Presiden. Di akhir pertemuan tersebut, pihak Rabitah Al-Azhar mengucapkan terima kasih kepada semua wakil persatuan yang hadir dan berharap agar usaha murni tersebut mendapat kerjasama yang baik. |
Comments
Aku ada terbaca blog kajian al-qu'ran yang agak membuka minda http://kajian-quran.blogspot.com/ pengarang cakap Allah SWT sendiri mengatakan Al-Quran adalah makhluq.
Benarkah ayat Az-zukruf-3 Allah kata Al-Quran itu makhluk sebab Dia yang menjadikan Al-Qur'an? Benarkah ayat Al-Buruj-22 Allah kata Qur'an memerlukan ruang dan tempat (di Luf-Mahfuz)? Allah perlukan ruang atau bagaimana? Benarkah Qu'ran perlu dijaga sepertimana ayat Alhijr-9?
Aku lagi menonton perbahasan orang2 alim tentang hal Qur'an tuhan atau makhluk, tapi gak ada yang bahas ayat-ayat ini, bagaimana itu. Org2 alim gak tau ada ayat2 ini atau sengaja disorokkannya?
adakah ayat-ayat ini dari kitab qur'an? atau lebih baik kita kembali kepada hadith-hadith sahaja?
blog ini juga cakap ayt tentang mutashabihat dan matashabahaminhu, aku mohon perjelasan dari guru, ustaz, para pelajar bijak pandai sekalian
salam.