Kapal bantuan CARAVAN ASIA dalam perjalanan ke 'Arish




KAHERAH, 2 Januari 2011 - Beberapa jam yang lalu, laluan kapal yang membawa barang-barang bantuan dari konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA telah dipintas tentera laut zionis. Bagaimanapun, situasi pelayaran kapal CARAVAN selamat.
_________________________________________________________
Laporan asal jam 05.00 petang, Mesir/Palestin Baca lagi:

Tentera laut zionis hadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA'

_________________________________________________________

Sumber dari Gaza yang dihubungi(Jam 04.36 petang, waktu Mesir/Palestin) menjelaskan, kapal bantuan masih dalam pelayaran menuju ke pelabuhan El-'Arish, Mesir.

Berhubung hadangan dari zionis, sumber berkata, memang kapal dihadang tentera laut zionis tetapi tidak ada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menurut sumber, mereka akan menyambut konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA sebaik sahaja tiba di Gaza. Agensi

Tentera laut zionis hadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA'

Laporan asal jam 01.24 petang, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Menurut sumber, tentera laut zionis telah menghadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA 1' yang dalam perjalanan ke pelabuhan El-'Arish, Mesir, pagi tadi.

Menurut web berita pertubuhan yang menguruskan konvoi bahawa tentera laut zionis telah memintas laluan kapal serta menghubungi kapten kapal. Dinyatakan, tentera laut zionis mendesak kapten kapal agar memberikan nama-nama relawan dan maklumat mengenai barang-barang bantuan.

Sementara itu, web agensi berita 'farsnews' Iran versi Arab yang menyatakan hanya lapan relawan sahaja di atas kapal.

Jelas 'farsnews' tentera laut zionis meminta senarai nama relawan yang dijadualkan berlepas ke El-'Arish melalui udara.
_________________________________________________________
Baca lagi:

البحرية الصهيونية تعترض سفينة السلام وتطلب معلوماتٍ عن أعضاء "قافلة آسيا 1
_________________________________________________________

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pematah Sekatan Penyambut Delegasi di Gaza, Ahmad Yusoff mengesahkan bahawa talian komunikasi dengan jawatankuasa konvoi CARAVAN terputus.

Seperti yang dijadualkan, majoriti besar relawan yang menyertai CARAVAN ASIA TO GAZA akan tiba di Lapangan Terbang El-'Arish tengahari ini.

Ahmad Yusof menjelaskan lagi kepada agensi berita 'Safa' bahawa beliau menjangkakan hanya sebilangan kecil sahaja relawan yang mengiringi kapal membawa bantuan. Tambah beliau, pihaknya belum menerima apa-apa maklumat dari konvoi CARAVAN mengenai nasib mereka.

Semalam, kapal Salam yang membawa barang-barang bantuan konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA telah berlepas dari pelabuhan Latakia, Syria dalam pelayarannya menuju ke Gaza melalui pelabuhan El-'Arish di Mesir, kemudian ke Rafah dan seterusnya memasuki Semenanjung Gaza.

Kordinator konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA di Syria, Yusof Abbas menjelaskan barang-barang bantuan yang dibawa sebanyak 300 tan, itu meliputi bantuan makanan, perubatan, kemanusiaan dan selebihnya empat buah ambulan. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps dan pautan ringkas berita Al-Jazeerah

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL