Lagi Aktivis Pulang Pinang Pulang Ke Malaysia

KAHERAH , 7 Disember – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM kehilangan seorang aktivis apabila Ustaz Mohamad Hanif Bin Haron pulang ke Malaysia lewat malam semalam. Beliau pulang dengan menaiki pesawat Egypt di lapangan terbang Kaherah.
Sebagai makluman, Ustaz Hanif Bin Haron merupakan pelajar Al-Azhar, Kuliah Usuluddin dalam bidang Hadis di Kaherah. Beliau yang memulakan pengajian pada tahun 2005 dan tamat pada tahun 2010. Memulakan khidmat di dalam kepimpinan BKPPPM sebagai exco Dakwah pada tahun 2006/2007. Kemudian dilantik menjadi Yang Dipertua bagi sesi 2007 hingga 2009. Setelah itu, beliau dilantik menjadi Ketua Penasihat BKPPPM sesi 2009/2010. Dalam PMRAM, beliau dilantik menjadi Pengerusi Felo Manhal dan Timbalan Pengerusi Manhal bagi sesi 2010. Seminggu sebelum pulang ke Malaysia, beliau juga sempat menerbit sebuah buku terjemahan dan ulasan Matan Baiquniah dalam bidang hadis.
Dalam ucapan terakhirnya di Dewan Soleh Al-Masri, beliau mengingatkan kepada seluruh ahli BKPPPM supaya sentiasa thabat dan bersabar dalam menjadi khadam ilmu dan sentiasa melibatkan diri dengan persatuan sebagai medium menterjemahkan ilmu.
Barisan kepimpinan BKPPPM dan ahli sentiasa mendoakan Ustaz Hanif Bin Haron sentiasa istiqamah dalam menuntut ilmu dan thabat dalam manjalankan tugas sebagai pendakwah dan sebagai duta Al-Azhar di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL