Posts

FIQH DAULAH : FIQH BERNEGARA

Image
1. KEDUDUKAN DAULAH (NEGARA) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Imperialis barat yang menguasai masyarakat Muslim mampu menanamkan satu pemikiran yang aneh dan menjijikkan di dalam akal dan jiwa mereka, bahwa Islam adalah agama dan bukan daulah. Agama itu sendiri menurut pengertian barat, bagaimana mereka mengertikan agama. Urusan daulah tidak ada kaitannya dengan agama. Hal ini merupakan produk akal atau hawa nafsu manusia semata, sesuai dengan pengalaman dan keadaan di sekitarnya. Apa yang terjadi terhadap agama Nasrani di Barat hendak mereka terapkan terhadap Islam di Timur. Kebangkitan di sana tidak tercipta kecuali setelah membebaskan diri dari kekuasaan agama, maka begitu pula yang harus terjadi di negara kita di dunia timur, Arab dan Islam, kita harus menyingkirkan agama. Pengertian agama di sana adalah Gereja, kekuasaan Biskop, para paderi dan pastor yang hanya berkaitan dengan urusan perasaan dan rohani. Agama macam apa jika dibandingkan dengan agama di sini, yang ...

With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16)

Image
Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) menganjurkan hari keluarga bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang yang berada di Mesir bagi merapatkan lagi ukhuwah yang telah terbina.Tahun ini juga, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir tidak ketinggalan untuk menganjurkan aktiviti tahunan itu yang diberi nama With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16) dengan membawa tema “Kasih Disemai, Ukhuwah Dituai” . Program tersebut telah berlangsung selama 4 hari yang bermula pada 17 Februari 2016 dan menutup tirainya pada 21 Februari 2016 , pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang. Tanggal 17 Februari, WARRIOR ’16 membuka tirai dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria Bin Yusuf mengenai Ruqyah; Mengenali asas –asas perubatan islam.Seterusnya majlis diserikan lagi dengan perasmian WARRIOR 16  oleh Ustaz Jasry Raimy Bin Johari selaku Ketua Lembaga Penasihat BKPPPM sesi 15/16. Pengakhiran hari pertama...

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Image
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Keterangan/Hujah: Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di...

KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA

Image
KEBEBASAN BERSUARA DIKALANGAN MAHASISWA.. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) DI MANA HAK MAHASISWA UNTUK BERSUARA?? Mahasiswa sebagai tunggak harapan negara mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian mahasiswa seharusnya mempunyai hak untuk bersuara dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan mahasiswa mahupun negara. Namun, mahasiswa negara pada masa ini dilihat sukar untuk menyuarakan pendapat mereka terutama sekali dalam hal politik. Mengapa hal ini terjadi??adakah mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam hal politik? Memang tidak dinafikan mahasiswa negara pada zaman sekarang telah lebih berani dalam menyuarakan pendapat mereka terutama sekali apabila wujudnya teknologi blog. Blog telah memainkan peranan dan memberikan impak yang begitu besar terhadap perjalanan politik negara pada masa kini. Mahasiswa lebih cenderung untuk meperolehi fakta dan maklumat berkaitan politik negara mela...

KESAN TPPA KEPADA MAHASISWA

Image
Assalamualaikum.. TPPA ini ialah kesinambungan dari FTA (Free Trade Agreement) ataupun versi baru FTA. Perjanjian yang diusahakan pada tahun 2005 ini gagal dimeterai kerana mendapat tentangan hebat dari pelbagai NGO seperti TERAS, CAP dan NGO-NGO lain. Mereka melihat FTA ini sebagai penjajahan ekonomi dan akan mengancam kedaulatan Malaysia. Oleh kerana masa yang suntuk dan perjanjian yang kompleks rundingan FTA gagal dimuktamadkan. Setelah sekian lama FTA menyepi akhirnya ia muncul semula dengan nama baru iaitu TPPA. Apa yang mahu disampaikan adalah kesan TPPA terhadap Mahasiswa. Kesannya ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara ‘online’ turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam man...

KENYATAAN YANG DIPERTUA BKPPPM TERHADAP ISU BKPJM

Image
(يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung. (Surah Ali Imran) Sejarah telah menyaksikan berbagai peristiwa besar di dunia yang tidak lepas dari aktor intelektual di belakangnya. Kaum intelektual yang diwakili mahasiswa sering menjadi penggagas utama dalam setiap perubahan. Kepentingan pertama dan terutama yang diperjuangkan oleh Mahasiswa adalah nilai-nilai yang sifatnya universal seperti keadilan sosial, kebebasan, kemanusiaan, demokrasi dan solidaritas kepada golongan yang tertindas. Mutakhir kini, isu hak mahasiswa  sudah menjadi semakin serius. Pelbagai penindasan dan kezaliman dibuat hanya untuk menafikan hak mahasiswa. Berikutan isu yang berlaku terhadap Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM)...

TIPS MAHASISWA CEMERLANG

Image
Assalamualaikum dan salam seperjuangan TIPS SEBELUM IMTIHAN -Sebelum membaca atau menghafal mulakan dengan bacaan Bismillah, al-Fatihah dan Selawat keatas Nabi . Digalakkan berwudu’. -Pastikan anda sentiasa berdoa kepada Allah dipermudahkan membaca dan menghafal setiap waktu terutama sekali selepas solat. -Pastikan semua kitab dan muqarrar habis dibaca sekurang-kurangnya 2 kali. -Pastikan memahami tajuk dan isi penting di dalam semua kitab. Lebih baik lagi mampu mengajarkan kepada orang lain. -Pastikan hafalan dan bacaan mantap dan baik. -Waktu ini bukanlah waktu membaca tetapi waktu mengulang hafalan dan bacaan. -Yakin dengan Allah  sahaja yang Dia yang  akan memberikan kejayaan bagi hambanya yang berusaha. TIPS KETIKA HARI IMTIHAN -Pada malam harinya, solat hajat dilakukan. -Pastikan alatan tulis, kernih, duit tambang dan perkara-perkara yang berkaitan disusun sebelum tidur. -Nota-nota yang banyak tidak lagi dibawa di hari peperiksaan.Sebaliknya hanya nota-nota yang ...