Posts

SENARAI DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BKPPPM 2013-2014

Image

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) BKPPPM 2013

Image

USMB : AHLAN WASAHLAN KE ARDIL KINANAH

Image
KAHERAH 2 November 2013 :  Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) 2013 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menerima seramai 27 orang mahasiswa baru Pulau Pinang yang terdiri daripada 12 orang ikhwah serta 15 orang akhawat. Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 6.00 pagi dengan diiringi oleh Ustaz Khairul Aman Bin Bustaman wakil Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Kedatangan mereka disambut meriah oleh BKPPPM dan Saudara Muhammad Salihin Abdullah Badan pengurus Angkat BKPPPM serta dua orang HEWI mewakili PMRAM. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat menyambut dan menguruskan para pejuang ini. Semoga mahasiswa-mahasiswi baru ini khususnya dan semua mahasiswa amnya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu di bumi anbiya’ ini dan di mana sahaja kita berada. Sabda Rasulullah S.A.W : ” Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada ora...

KRONOLOGI SALAH LAKU PENGGUNAAN LOGO DAN NAMA BKPPPM

Image
20 Ogos 2013 : Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mendapat panggilan dari Perdana Menteri supaya memulakan proses evakuasi sukarela melalui penerbangan biasa. 21 Ogos 2013 : Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKPPPM mengadakan perjumpaan tergempar dan menubuhkan jawatankuasa evakuasi serta bersetuju melantik Saudara Azwan Azman Yang Dipertua BKPPPM sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. 22 Ogos 2013 : Seramai 27 orang mahasiswa/si bertolak ke Asrama Rumah Melayu Abasiyyah (ARMA) untuk menunggu giliran penerbangan tetapi amat malang, mereka terkandas selama dua hari. 25 Ogos 2013 : Penerbangan pertama ahli BKPPPM berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) pada jam 4.30 petang, seramai 11 orang mahasiswa. Manakala penerbangan kedua menaiki pesawat Egypt Air seramai 16 orang terdiri daripada 7 orang mahasiswa dan 9 orang mahasiswi. 26 Ogos 2013 : YB Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim mengadakan p...

KESAL SALAH GUNA LOGO DAN NAMA BKPPPM

Image
PULAU PINANG, 10 Ogos 2013 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir hari ini sangat kesal dengan tindakan seorang ahli BKPPPM yang menggunakan logo rasmi dan nama  BKPPPM ke atas surat yang dihantar kepada Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng. Perkara ini merupakan salah laku penggunaan logo dan nama BKPPPM kepada kerajaan negeri dan boleh mencemar nama baik BKPPPM. Ahli tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan logo rasmi dan nama BKPPPM tanpa kebenaran pihak persatuan. Pihak persatuan juga menafikan sebarang perkaitan berkenaan isi kandungan dalam surat tersebut. Surat tersebut menyentuh berkenaan permohonan sumbangan duit tiket untuk pulang semula ke Mesir. Berkenaan perkara ini, pihak BKPPPM telah menghantar senarai penuh yang menyertai Evakuasi Sukarela dan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) sejurus selepas operasi evakuasi berakhir dan menerima makluman bahawa tiada sumbangan untuk evakuasi pada ka...

Al-Azhar Menara Ilmu Sepanjang Zaman

Image
Al-Azhar telah menghasilkan ribuan ulama yang terkenal selama hampir lebih seribu tahun. Saban tahun, Al- Azhar tetap menjadi pusat kepada pemeliharaan ilmu turathi dan muasoroh yang menjadi warisan Islam bahkan mengukuhkan lagi identiti agamaIslam. Pusat pengajian terkemuka dunia ini juga diiktiraf sebagai kiblat keilmuan Islam, dan gudang segala macam jenis ilmu,merangkumi pelbagai jenis dimensi samada hukum-hakam Islam, sosial, ekonomi dan politik. Al-Azhar juga menjadi benteng keilmuan Islam, tempat para pemuda dari segenap bangsa penjuru dunia untuk menuntut ilmu.Ketika imperialis cuba untuk meluaskan kuasa mereka ke benua Afrika, terutamanya negara Mesir, dapat disaksikan bahawaantara golongan yang berkobar melawan para imperialis ini terdiri dalam kalangan ulamak Al-Azhar. Begitu juga dengan negara-negara luar, keadaan yang sama mereka hadapi ketika mana negara dijajah, ulamak mendominasi barisan hadapan menentangpenjajahan. Al-Azhar merupakan universiti yang ...

KENALI KITAB TARBIYYATUNA AR-RUHIYYAH

Image
DEKATKAH KITA DENGAN ALLAH ? Bismillahirrahmanirrahim, selaut syukur buat pemilik hati yang gersang kerana mengilhamkan penulis untuk mengupas secara ringkas sebuah kitab berkaitan pemantapan rohani iaitu TARBIYYATUNA AR- RUHIYYAH, kagum melihat hasil penulisan pengamal sufi juga pendakwah haraki yang penuh dedikasi menekuni dalam bidang pendidikan kerohanian, beliau dikenali sebagai Syeikh Sa’id Hawwa. Untuk pengetahuan anda, kitab ini merupakan cetakan kali yang kesepuluh iaitu pada tahun 1430 Hijrah bersamaan 2009 Masihi. Kitab ini mengandungi sebanyak 268 muka surat,hasil terbitan Pustaka Darussalam Kaherah. Sebelum berkongsi keistimewaan yang terkandung dalam kitab serba lengkap ini, terasa tidak sempurna tanpa menyisipkan sedikit biografi pengarang kitab, nama sebenar beliau ialah Sa’id Hawwa bin Muhammad dilahirkan di kota Hamah, tahun 1935. Beliau mula terlibat dalam Jemaah Ikhwanul Muslimin pada tahun 1952 iaitu saat masih belajar ketika berumur 17 tahun.Akhirnya B...