MINDA PIMPINAN | KONSEP THIQAH TERHADAP PIMPINAN

 




KONSEP THIQAH TERHADAP PIMPINAN 

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah dengan nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW..



Firman Allah SWT :


طَاعَةࣱ وَقَوۡلࣱ مَّعۡرُوفࣱۚ فَإِذَا عَزَمَ ٱلۡأَمۡرُ فَلَوۡ صَدَقُوا۟ ٱللَّهَ لَكَانَ خَیۡرࣰا لَّهُمۡ


Maksudnya: (Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.

[Surah Muhammad : 21]


Thiqah (kepercayaan) adalah pendekatan konsep tawakkal.


Thiqah (kepercayaan) bermaksud:

-Tenteramnya hati seorang anggota itu kepada pimpinannya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu.

-Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.


Jika sesuatu itu dikasihi sehingga sampai tahap sanggup berkorban, maka thiqah (kepercayaan) terhadap ketua dan anggota sudah tentu akan wujud.


Orang yang wala' dan thiqah (kepercayaan) terhadap pimpinan akan memberi sepenuhnya kepercayaan terhadap setiap keputusan dan arahan yang diberikan, adalah dibuat atas dasar menjaga Islam dan bukan atas keputusan yang sempit.


Oleh itu,daripada kisah Nabi Daud dengan tenteranya Talut kita dapat mengambil beberapa pengajaran sebagai satu kekuatan bagi seorang pendakwah utk meneruskan perjalanan dakwah walaupun dilanda ujian antaranya :

-Jihad di jalan Allah memerlukan persiapan jiwa, ilmu, pengalaman, kemampuan, kecekapan, keberanian, kemahuan, keikhlasan dan pengorbanan.

-Wajib bagi seorang ketua untuk memilih pengikutnya yang benar-benar siap dan layak untuk mengikut berperang.

-Dikalangan tenteranya ada yang bersifat penakut, gentar dan tiada keyakinan jadi dekatkan diri kepada Allah agar istiqamah dalam menempuh ketaatan kepadanya.


Benarlah bahawasanya untuk mendapatkan sebuah kepercayaan kebiasaannya akan diuji dengan perasaan. Timbul pelbagai persoalan yang bermain di fikiran sehingga akhirnya kadang-kadang menghadirkan perasaan ragu-ragu atau syak wasangka dalam sesuatu perkara. Jadi, memahami konsep thiqah (kepercayaan) yang sebenar merupakan perkara yang wajib bagi umat Islam.


Firman Allah SWT :


فَلَا وَرَبِّكَ لَا یُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ یُحَكِّمُوكَ فِیمَا شَجَرَ بَیۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا یَجِدُوا۟ فِیۤ أَنفُسِهِمۡ حَرَجࣰا مِّمَّا قَضَیۡتَ وَیُسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمࣰا


Maksudnya:"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya."

[Surat An-Nisa' 65]



Di dalam kitab 'Jalan Dakwah Antara Qiadah dan Jundiah' dikarang oleh Mustafa Masyhur, beliau menerangkan berkaitan

Konsep-konsep yang boleh diambil antara pimpinan dan pengikut antaranya adalah:

1.Penghormatan dan penghargaan.

2.Adab bercakap dan berbincang.

3.Mempercayai dan baik sangka.

4.Bertukar nasihat di antara pimpinan dan pengikut.

5.Kasih mengasihi dan perasaan persaudaraan.

6.Kekuatan hubungan dan kemudahan berhubung.

7.Bersedia untuk bertukar kedudukan.

8.Menerima keputusan Allah dan Rasulnya tanpa teragak-agak.

 


Hadis Rasulullah SAW bermaksud:

"Sesiapa mentaati aku maka ia mentaati Allah dan barangsiapa yang menderhaka padaku maka ia telah menderhakai Allah,sesiapa yang mentaati ketua maka ia telah mentaati aku dan sesiapa yanag menderhakai ketua maka ia telah menderhakai aku" 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Akhirnya,tidak ada bagi umat ini senjata dalam perjalanan yang mengerikan kecuali keimanan,keazaman yang kuat dan benar,bermurah hati dengan pengorbanan dan sanggup mara ke depan ketika berada dalam keadaan genting.Tanpa penerus dakwah maka generasi umat Islam berikutnya akan menemui kegagalan.


Firman Allah SWT :


یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوۤا۟ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِیسَى ٱبۡنُ مَرۡیَمَ لِلۡحَوَارِیِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِیۤ إِلَى ٱللَّهِۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِیُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِۖ فَـَٔامَنَت طَّاۤىِٕفَةࣱ مِّنۢ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ وَكَفَرَت طَّاۤىِٕفَةࣱۖ فَأَیَّدۡنَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُوا۟ ظَـٰهِرِینَ


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang."

[Surat As-Saf 14]


Wallahuaalam..



...............................................................

NURUL AMIRAH BINTI ANUAR

( Naib Pengerusi HEWI BKPPPM Sesi 2019/2020 )


" Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan " 

" Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah " 

" BKPPPM_KeluargaKita " 

" Bersama_Bersatu "


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL