KEBANGKITAN EMPAYAR ISLAM SETELAH KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

    KEBANGKITAN EMPAYAR ISLAM SETELAH KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

       Madinah merupakan negara Islam pertama yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat dari Muhajirin dan Ansar. Rasulullah s.a.w telah berjaya mewujudkan tamadun yang terbaik dan aman damai dalam sejarah manusia. Atas kepimpinan Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat, negara tersebut kian kuat dan semakin digeruni oleh anasir-anasir yang cuba mengancam umat Islam terutamanya daripada golongan Musyrikin.

      Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, berlaku kekecohan mengenai pelantikan pemimpin selepas Baginda wafat di Bani Saadah. Hal ini menimbulkan perselisihan diantara mereka. Akhirnya setelah disepakati, sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar Al Siddiq dilantik menjadi khalifah yang pertama.

      Selepas itu, bermulalah episod perjuangan para sahabat Nabi s.a.w dalam mempertahankan Islam serta memerangi dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Saidina Abu Bakar Al Siddiq juga memerangi golongan murtad dengan mengarahkan Saidina Abu Ubaidah Al Jarrah serta sahabat lain untuk berdakwah kepada mereka agar kembali ke jalan benar. Akhirnya mereka berjaya memerangi golongan tersebut dengan teknik dakwah yang berkesan.

       Antara kejayaan besar Saidina Abu Bakar Al Siddiq adalah beliau menjadi perintis dalam pembukaan wilayah Syam. Ini terbukti dengan kemenangan tentera Islam di Yarmuk dan juga di kawasan-kawasan sekitarnya. Dan juga tertumbangnya empayar Parsi. Di samping itu, pembukaan kota-kota ini sedikit sebanyak dapat memperluaskan pengaruh Islam kepada masyarakat. Masyarakat diluar Syam dan Parsi memeluk Islam kerana kemuliaan akhlak tentera Islam berbanding tentera Rom dan Parsi. Selepas kewafatan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, Saidina Umar Al Khattab mengambil alih pemerintahan dan meneruskan agenda memperluaskan empayar Islam sehingga berjaya  membuka  Kota Al Quds iaitu Baitul Maqdis. Kemudiannya disambung oleh Saidina Uthman ibn Affan dan para sahabat yang lain.

   Saqifah Bani Saadah (tempat di mana Abu Bakar diba'iah menjadi khalifah)

 Secara kesimpulannya, kejayaan pembukaan empayar Islam bukanlah dari kekuatan tentera sematamata namun kekuatan rohani serta hubungan dengan Allah s.w.t adalah peranan utama dalam diri mereka. Mereka sanggup bermatian dalam membawa risalah Rasulullah s.a.w serta menyebarkan syiar Islam. Kesatuan umat Islam yang jitu melahirkan negara dan tamadun yang terunggul dalam sejarah.


Oleh : Muhammad Saiful Asyraf Bin Abdullah

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL