ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MEMPERKASAKAN SOLAT JEMAAH (SIRI 2)






ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH MEMPERKASAKAN SOLAT BERJEMAAH
( SIRI 2 )
Tajuk : 5 Keutamaan solat berjemaah


1. Menjadi syiar bagi masyarakat

 - Keutamaan solat berjemaah di masjid salah satunya adalah dapat bersilaturrahim dengan muslim soleh lainnya. Solat berjemaah merupakan lembaga pendidikan atau lebih tepat disebut laboratorium
 pendidikan yang sangat besar manfaatnya.

- Kita akan berkembang bersama orang-orang yang memiliki tradisi yang soleh. Yakni orang-orang
yang memiliki tanggungjawab yang besar kepada Allah SWT. Maka, kita pun akan menjadi orang soleh  yang sejati.


2. Meningkatnya kualiti dalam solat

 - Kualiti solat terdiri dari dua tahap yaitu sahnya solat dan solatnya diterima. Rasulullah SAW bersabda:

 "Barang siapa membeli baju beharga sepuluh dirham, sedangkan padanya terdapat satu dirham berupa wang haram, Allah tidak akan menerima solatnya selama ia mengenakan baju tersebut,"
 (HR. Ahmad dari Ibnu Umar)

 "Barang siapa meminum seteguk khamr, ia tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Darimi).

 - Tentu solat berjemaah  harus dilakukan pada awal waktu dan di masjid. Seorang Muslim harus
 mempelajari kekhusyukannya dalam solat.


3. Pahala Solat Berjemaah

- Keutamaan solat berjemaah dibandingkan solat sendirian adalah pahalanya lebih besar.
Seseorang yang melaksanakan solat berjemaah, ibarat kawanan domba yang kompak sehingga serigala tidak berani menyerangnya secara langsung.

- Berikut hadis yang menjelaskan keutamaan solat berjemaah dibandingkan dengan solat sendirian :

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

4. Dijauhkan dari sifat munafik

Solat berjemaah boleh menjauhkan diri dari sifat munafik. Oleh hal demikian, diantara sifat orang
munafik adalah bermalas-malasan dalam solat. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 142:

إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓا۟ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُوا۟ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.

(An-Nisa: 142)

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

 "Tidaklah ada solat yang lebih berat bagi orang-orang munafik melebihi solat subuh dan isya'. Dan
 seandainya mereka mengetahui pahala pada keduanya, niscaya mereka akan datang (berjama'ah)
 meskipun dengan merangkak." (Muttafaqun 'Alaih)


5. Diampuni Dosanya oleh Allah SWT

 Keutamaan solat berjemaah bagi wanita dan lelaki sama-sama diampunkan dosa mereka oleh Allah
 SWT. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

 "Jika imam mengucapkan "Ghoiril maghdhubi 'alaihim waladhdholliin", maka ucapkan amin, karena sesungguhnya siapa yang mengucapkan amin bersamaan dengan ucapan malaikat maka ia akan diampuni dosa- dosanya yang telah lalu". 


Semoga kita dapat mengambil manfaat serta mempraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang muslim dan merebut peluang pahala yang berlipat ganda dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT.



Disediakan oleh : Unit Biah Solehah BKPPPM Sesi 2019/2020.


"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL