MINDA PIMPINAN | MADRASAH RAMADAN, BERSEDIAKAH KITA ?



Assalamualaikum w.b.t

Tidak lama lagi umat islam akan menyambut bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Ramadan al Kareem. Apa tidaknya, bulan Ramadan merupakan salah satu daripada bulan-bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT, serta dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi siapa yang mengerjakan amal soleh.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
"Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu syurga, dan akan ditutup pintu neraka, dan syaitan pun dibelenggu."

Sejarah pensyariatan puasa :

Puasa Ramadan difardukan pada bulan Syaaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu puasa telah diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan Nabi SAW.

Firman Allah SWT dalam Al Quran :

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
(Surat Al-Baqarah 183)

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."


Dalil disyariatkan Puasa Ramadan :

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡیَصُمۡهُۖ
(Surat Al-Baqarah 185)

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;.."


Bagaimana Ramadan di musim COVID-19?

 Seperti sedia maklum seluruh dunia kini sedang diuji dengan penularan wabak berjangkit iaitu COVID-19. Tidak terlepas juga Malaysia yang kini sudah mencecah hampir 4000 kes. Maka semestinya Ramadan pada kali ini akan berbeza dari yang sebelumya, dengan kebanyakkan negara sedang melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengelakkan penularan wabak ini yang dikategorikan sebagai Pendemik.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak berwajib contohnya :

1- Fatwa negara Mesir telah menetapkan untuk tidak mengadakan solat tarawih di masjid-masjid sepanjang Ramadan bagi mengelakkan penularan wabak ini.

2- Kerajaan Malaysia telah membatalkan Bazar Ramadan di seluruh negeri di Malaysia. Ini kerana Bazar Ramadan dilihat akan menjadi penyebab meningkatnya kes COVID-19.

Langkah-langkah yang diambil ini adalah bagi mengelakkan bertambahnya penularan wabak dan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua.

Fiqh menetapkan satu kaedah iaitu :
الضرر الأشد يزال بالضرر الأخف
"Mudharat yang lebih berat, harus dihilangkan dengan melakukan yang mudharat yang lebih ringan."

Bagaimana meraih manfaat sepenuhnya di bulan Ramadan?

Ramadan ialah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad dengan ganjaran yang tak terhitung nilainya. Maka ambilah kesempatan ini dengan memperbanyakkan amal soleh di siang maupun di malam hari.

Menurut Saidatina Aisyah, apabila tiba 10 malam terakhir, Rasulullah SAW akan bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah.

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

“Apabila tiba sepuluh malam yang terakhir, Rasulullah SAW akan menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejut ahli keluarga Baginda (untuk turut beribadah), bersungguh dan memperkemas ikatan kainnya.” (HR al-Bukhari)

Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan di bulan Ramadan antaranya ialah :

1- Tadarus dan mengkhatamkan Al-Qur’an.
2- Memperbanyakan bersedekah
3- Solat Tarawih
4- Qiamullail di malam hari
5- Berzikir
6- Mencari Lailatul Qadar

Akhir sekali, jadikanlah Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumya. Tingkatkanlah amal ibadah kita pada bulan ini dan teruslah beristiqamah melakukan kebaikan di bulan-bulan yang lain. Kata alim ulama "tanda seseorang itu mendapat Lailatul Qadar ialah dia tak sentiasa melakukan amal soleh walaupun susudah Ramadan"

Mohamad Fadzil Bin Zahadi
Lajnah Pendidikan BKPPPM 19/20

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu
#Stayathome

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963